Sejak Belanjawan 2025 diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, golongan T15 menjadi bualan rakyat Malaysia.
Secara ringkas T15 merujuk kepada 15% teratas golongan pendapatan tertinggi di negara ini, berbanding kategori yang lebih biasa seperti M40 (golongan pertengahan) dan B40 (golongan berpendapatan rendah).
Baca Juga:
- Cukai Orang Kaya, Berapa Sebenarnya Pendapatan Golongan T15 Di Malaysia?
- Belanjawan 2025: Senarai 20 Inisiatif Bantuan Rakyat Dan Kos Sara Hidup
- Belanjawan 2025: Kerajaan Mahu Tamatkan Masalah Beratur Panjang, Isi Banyak Borang
Pada masa sama jumlah keseluruhan isi rumah bagi golongan T15 adalah berbeza-beza mengikut negeri.
Ada negeri memerlukan 5 angka gaji untuk disenaraikan di dalam golongan T15, sementara ada negeri lain hanya memerlukan gaji sebanyak RM7,759 untuk tersenarai dalam golongan itu.
Bagaimanapun, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pengelasan kumpulan pendapatan T15 akan diperhalusi bagi memastikan penyasaran subsisi dilakukan dengan lebih adil.
Memetik Buletin TV3, kumpulan itu tidak akan menerima manfaat subsidi pada tahun depan diukur dengan kadar 15 peratus isi rumah teratas dalam konteks pendapatan dalam masyarakat.
Pada masa sama, pengelasan pendapatan rakyat selepas ini tidak akan diukur berdasarkan pendapatan kasar isi rumah, sebaliknya mengambil kira faktor lain agar ianya lebih adil.
“Saya boleh sahkan bahawa dia bukanlah menggunakan pendapatan isi rumah kasar semata-mata. Proses untuk kita menambah baik berdasarkan pendapatan isi rumah bersih sedang berjalan.
“Yang dirujuk kepada B40, T15, beberapa proses untuk kita menambah baik berdasarkan konsep pendapatan isi rumah bersih itu sedang berjalan,” jelas Rafizi.