Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon Nad Zainal menjadi bualan ramai di media sosial apabila ramai yang mengritiknya berhubung dakwaan bermasam muka dengan rakan artis.
Susulan isu terbabit, suami kepada pelakon Nad Zainal iaitu Ungku Ismail dilihat sempat memuat naik satu hantaran di Instagram seakan memberi bayangan terhadap isu yang berlaku.
Baca Juga:
- ‘Pilih Tidak Fokus Siapa Hilang Dari Radar’ – Ini Respon Nad Zainal Isu Bermasam Muka Dengan Rakan Selebriti
- Ungku Ismail Akui Sedang Kenal Hati Budi Nad Zainal
- ‘Show Off’ Teman Lelaki Di TikTok, Enot Tepis Dakwaan Bercinta Dengan Pengkid
Menerusi hantaran itu, Ungku Ismail telah berkongsi kata-kata buat mereka yang menjadi mangsa gosip dan difitnah.
Hantaran tersebut seperti memberi nasihat kepada mereka yang difitnah supaya tidak menghiraukan apa yang berlaku sebaliknya bersyukur kerana mendapat pahala ‘percuma’ daripada si penggosip.
Sementara itu, hasil tinjauan ke Instagram Nad Zainal mendapati pelakon tersebut sudah menukarkan akaunnya kepada mode privasi selepas kontroversi ini melanda dirinya.