Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 14 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Menurut laporan Harian Metro, punca bas mengalami kemalangan kerana break yang secara tiba-tiba tidak berfungsi.

Baca Juga:

Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI Mohon Maaf

‘Saya minta maaf kepada seluruh keluarga mangsa dan pelajar yang terbabit dalam kemalangan pagi semalam.

UPSI
Sumber Gambar: Sinar Harian

“Apa yang berlaku disebabkan brek bas tidak berfungsi secara tiba-tiba,” kata Mohd Amirul Fadhil Zulkifle yang merupakan pemandu bas.

Mohd Amirul turut menceritakan detik cemas sebelum nahas itu berlaku di Jalan Jeli-Gerik.

“Apa yang saya buat ketika itu adalah cuba mengelak dari kenderaan lain supaya tidak merempuh mereka dan seingat saya empat kenderaan saya elak termasuk lori.

UPSI

“Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcham dan ketika itu saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.

“Orang nampak saya memotong dan bawa laju sedangkan hakikat sebenar saya cuba mengelak dari melanggar kenderaan mereka.

“Namun disebabkan kejadian yang berlaku adalah kawasan selekoh, saya tidak mampu berbuat apa-apa,” tambahnya.