Bagi mereka yang gemar berkunjung ke uptown atau membeli belah di tempat sebegini, pastinya mereka sangat mengenali uptown Danau Kota yang terletak di Kuala Lumpur ini.
Uptown ini menjadi tumpuan orang ramai terutamanya yang suka membeli belah kerana pelbagai barangan boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Selain itu, tempatnya yang luas juga turut menjadi faktor orang ramai untuk membeli belah di situ.
Ada juga yang hanya datang ke situ untuk bersiar-siar dengan rakan-rakan sambil merasai uptown vibe yang tidak mungkin boleh dapat di tempat lain.
Namun, berita sedih buat pengunjung yang suka membeli belah di uptown tersebut apabila ianya telah ditamatkan operasi pada 29 Oktober yang lalu. Setelah beroperasi selama 13 tahun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan notis pemindahan pada 4 Oktober 2019.
Dalam notis tersebut, DBKL mengarahkan peniaga untuk berpindah dan mengosongkan tapak mulai 30 Oktober 2019. Sekiranya gagal mematuhi arahan, pihak DBKL mempunyai hak untuk mengambil tindakan seperti kompaun, sita, dan roboh tanpa sebarang notis.

Berita pemindahan Uptown Danau Kota ini juga telah dikongsikan oleh akaun Asal Gombak di Twitter.
HARI TERAKHIR UPTOWN DANAU KOTA
Semalam adalah hari terakhir Uptown Danau Kota beroperasi sejak 2006 selepas menerima notis pengosongan tapak diberikan oleh DBKL.
Lepas ini mereka akan berpindah di sebelah JPJ Wangsa Maju dan akan diberi nama Bazaria Wangsa Maju. pic.twitter.com/NckWnnvikM
— Asal Gombak (@AsalGombak) October 30, 2019
Menerusi bebenang yang dimuat naik di akaun Twitter tersebut, para peniaga akan diberi tapak sementara yang tidak jauh dari tapak asal sebelum berpindah ke Bazaria Wangsa Maju kerana projek tersebut masih belum siap.
Tapak sementara tersebut terletak tidak jauh dari tapak asal iaitu di tapak bekas loji bersebelahan Sekolah Kebangsaan Danau Kota.

Menurut laman Twitter Asal Gombak, banyak isu yang timbul dari pelbagai pihak termasuklah peniaga, penduduk dan penguatkuasa sepanjang cadangan pemindahan ini dikemukakan. Pemindahan tapak uptown tersebut mendapat bantahan ramai pihak yang tidak bersetuju dengan pemindahan tersebut.
Banyak lagi sebenarnya isu dari pelbagai pihak termasuklah peniaga, penduduk dan penguatkuasa sepanjang cadangan pemindahan ini.
Bukan mudah untuk kita judge setiap keputusan yang dibuat sebab ianya mengambil kira dari semua pihak. pic.twitter.com/QGdkDJfbZO
— Asal Gombak (@AsalGombak) October 30, 2019
Rata-rata netizen juga turut menzahirkan rasa sedih mereka apabila mendengar berita tentang penutupan uptown tersebut.
Thank youuuu Uptown Danau :( Student uia selalu pergi sini sebab dekat dengan UIA & KL Fest 😂 You will be missed.
— Mai (@MaisarahMahmud) October 30, 2019
Selamat tinggal uptown danau kota.sama macam uptown Damansara dulu. Sekarang ini ditempat baru tidak seceria dan segah yg dulu.
— EZRY (@ezryhalil) October 30, 2019
https://twitter.com/dieylx_/status/1189574395510968320
Uptown kontena menjadi tarikan terbaru di persisiran pantai Kuala Terengganu. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Uptown Kontena Tarikan Terbaru Di Persisiran Pantai Kuala Terengganu
Uptown Danau Kota Bakal Dipindahkan Ke Tapak Operasi Sementara