Usahawan tudung, Haliza Maysuri melayan kucingnya sama seperti anak sendiri, dan akui kucingnya berperangai seperti manusia.

Usahawan tersebut mendedahkan bahawa dia tidak kisah memberikan hadiah yang mahal mahal buat kucingnya termasuk BMW atau rantai emas, pada harijadi kucingnya.

Usahawan Tudung Ini Hadiahkan Rantai Emas & BMW Bernilai RM714,800 Kepada Kucingnya

Dia berkongsi detik itu sebelum ini dengan kapsyen hadiahkan kucingnya BMW i7 yang bernilai lebih RM714,000 menurut laman BMW Malaysia.

bm

Dia juga membelikan kucingnya, mangkuk makanan khas yang bernilai sekitar RM11,000 – menurut mStar.

Haliza menegaskan bahawa, kucing peliharaannya, bernama Money, akan cemburu. Sebaliknya Money akan rasa ceria dan gembira jika dapat hadiah.

Itu antara perangai pelik kucingnya itu. Dia ada dua ekor kucing, dan seekor lagi bernama Aspen. Cuma dari segi perangai, Money kuat cemburu.

Usahawan tudung belanja besar demi kucing

Dipetik dari sumber mStar, usahawan tudung itu berkata: “Saya tidak terkira dalam sebulan berapa [wang] yang saya habiskan untuk Money dan Aspen sebab memang saya anggap seperti anak sendiri.

“Saya akan beli apa sahaja untuk anak-anak ini,” katanya lagi, yang sudah menganggap kucing ibarat anaknya sendiri.

Dia menambah: “Money adalah kucing yang berperangai seperti manusia.

money

“Jika dia tidak dapat hadiah, akan rasa cemburu. Kalau dapat, dia akan teruja dan suka. Jadi, tahun ini kami belikan mangkuk makanan yang ditempah khas berharga RM11,000.”

usahawan tudung

Haliza Maysuri menegaskan bahawa Money pernah dipangggil oleh wakil Louis Vuitton untuk menyambut hari lahir di butik mereka.

Menurut pihak pengurusan LV, Money memiliki aura tersendiri, dan ereka mahu Money membantu dalam promosi beg untuk membawa haiwan keluaran mereka.

Dalam pada itu, usahawan tudung itu menegaskan bahawa dia masih buntu untuk memilih hadiah untuk kucingnya: “Saya masih tak tahu nak belikan hadiah apa. Money ini macam manusia tau.”