Kemelut yang sedang melanda surat khabar tertua di Malaysia, Utusan semakin meruncing apabila dilaporkan bakal menghentikan cetakan akhbar mereka pada haru Rabu (21 Ogos) selepas menghadapi masalah kewangan sejak beberapa bulan yang lalu.

Menurut laporan The Star, Semua akhbar di bawah Utusan Group; Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad akan terkesan dengan keputusan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak berkata Utusan kini tidak mempunyai dana lagi untuk terus beroperasi. Taudek turut menambah jika aset-aset milik Utusan tidak terjual dalam tempoh terdekat ini, tidak ada jalan lain selain menutup operasi Utusan Malaysia.

Utusan Melayu
Utusan Melayu. Kredit gambar: Utusan Malaysia

Lebih memilukan, staf Utusan Group tidak dibayar gaji sejak bulan Jun yang lalu. Pekerja eksekutif Utusan dilaporkan cuma menerima bayaran RM2,000 terakhir pada bulan Jun yang lalu.

Utusan Malaysia diterbitkan buat pertama kali pada 1939 di Singapura dikenali sebagai Utusam Melayu dan ditulis dalam tulisan jawi. Utusan Melayu mula beroperasi di Kuala Lumpur pada tahun 1959. Versi tulisan rumi, Utusan Malaysia diterbitkan buat pertama kali pada 1 September 1967. Semoga dipermudahkan urusan Utusan Group untuk membuat bayaran tunggakan gaji kepada semua staf yang terlibat.

Sumber