Minggu yang penuh dengan pahit manis buat Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT). Pengangkutan awam yang dibina sebagai medium untuk memudahkan orang ramai dari Sungai Buluh ke Kajang ini nampaknya telah diancam gejala vandalisme. Lebih menyedihkan, masalah ini berlaku tidak kurang daripada seminggu selepas dilancarkan.
Sampah sarap dibuang merata-rata, tempat terhormat dijadikan tempat ‘rekreasi’ manakala sinki dan tempat yang sepatutnya menjadi kemudahan buat semua pengguna kini telah menjadi mangsa vandisme. Berikut merupakan merupakan beberapa gambar yang sempat diambil krew Astro Awani.
Lain ceritanya di Stesen MRT Merdeka dimana dinding yang unik membawa mesej Rukunegara antara yang menjadi lokasi tumpuan gejala vandalisme berlaku. Dinding yang sepatutnya dihormati atas mesej yang dibawa kini menjadi tempat kanak-kanak tanpa pengawasan ibubapa telah melakukan aktiviti seakan-akan ‘wall climbing’.
Para pekerja yang terdiri daripada warga asing juga dikatakan tidak mampu untuk mencegah perkara ini daripada berulang berikutan sikap orang tempatan yang dikatakan tidak seolah-olah tidak mengedahkan nasihat daripada para pekerja.
https://www.youtube.com/watch?v=Wggz3dqm92A
Sebelum lebih banyak dinding dan kemudahan awam yang menjadi mangsa vandalisme, kami daripada Vocket turut menyediakan beberapa langkap dan tip untuk memastikan kemudahan ini dapat terus digunakan tanpa masalah setelah sekian lama. Berikut antara tip mudah anda dan saya boleh praktikkan.
- Buat anda yang daripada restoran fast food berdekatan stesen, pastikan anda buang plastik makanan yang sudahpun habis di bakul sampah yang disediakan di restoran fast food. Hal ini bakal memudahkan anda sebelum melangkah untuk ke stesen.
- Mungkin dianggap remeh, namun pastikan para pengguna membuang sampah atau puntung rokok ditempat sepatutnya. Pembuangan sampah merata-rata mungkin akan mendorong orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.
- Jika tiada tempat untuk membuang sampah sarap atau menjumpainya, simpan terlebih dahulu sampah yang tersebut sebelum dibuang ke tempat yang sepatutnya.
- Gunakan kemudahan yang disediakan seperti tempat duduk, tempat menunggu sebaiknya dan jangan rosakkannya dengan menconteng atau meletakkan penflet iklan yang tidak dibenarkan.
- Sekiranya anda mendapati pelaku vandalisme sama ada daripada kalangan dewasa atau kanak-kanak diharap anda dapat memberi teguran atau mencegah dengan cara yang beretika bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
Berikut merupakan sedikit sebanyak tip dan langkah untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Siapa lagi nak kita harapkan untuk mengubah mentaliti minda kelas ketiga disaat pengangkutan awam mula menunjukkan kemudahan dan kemodenan yang tinggi.