Pemilik Vijayan Savarinathan kini baru memuat naik satu video permohonan maaf secara terbuka selepas menghina agama Islam pada tempoh hari lalu.

Menerusi akaun peribadi di Facebooknya, dia mengakui dirinya memuat naik video tersebut kerana terlalu mengikut perasaan marah terhadap penularan video yang melibatkan sebuah stesen radio yang sebelum ini didakwa mempamerkan perbuatan jelek yang dianggap menghina agama Hindu.

“Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya, apa yang saya buat dan saya cakap memang tidak patut. Sebab mereka (penyampai sebuah stesen radio) buat video itu saya pun marah dan tidak boleh tahan sebab kita kena hina tapi itu bukan alasan untuk saya buat video begitu,” katanya di dalam video berdurasi 48 saat menerusi Facebook hari ini.

Hantaran video itu langsung dihujani komentar luahan amarah oleh sejumlah netizen kerana merasakan tidak cukup dengan lafaz permohonan maaf ke atas komentar biadap serta menghina agama Islam di dalam video sebelumnnya.

Menyingkap berita lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap seorang individu yang dianggap menghina agama Islam.