Bulan Ramadhan ini, tiada idea untuk berbuka puasa mahupun bersahur di mana?
Jangan risau kerana McDonalds sentiasa ada untuk anda. Lebih-lebih lagi dengan menu kegemaran ramai Foldover Ayam kini kembali untuk Ramadhan, lagilah ada sebab untuk ke McD kan?
Anda lihat sahaja video di bawah ini. Melihat pada gadis ini makan Foldover Ayam pun sudah tahu kesedapannya. Lagi-lagi video ini dibuat gaya ‘mukbang’ (video orang makan dengan audio yang dipertingkatkan). Dua kepingan ayam empuk digril sempurna, dengan sos istimewa baharu dan sayuran segar diapit roti pita, memang menu memikat rasa untuk dijadikan juadah berbuka puasa ataupun sahur.
McDonald’s juga ada satu lagi menu istimewa Ramadan, iaitu Nasi McD dengan kuah kari baharu. Kira ini nasi kandar versi McDonald’s lah! Lagi puas makan dengan Ayam Goreng McD yang rangup dan Coleslaw segar.
Itu belum lagi anda layan video Nasi McD, mukbang denagn Ayam Goreng McD. Lagi terliur anda dibuatnya. Cuba anda dengar bunyi kerangupan kulit ayam goreng pada setiap gigitan. Memang tidak boleh bawa bincang!
Lihat sahaja tidak cukup. Anda kena cuba sendiri. Kalau anda tonton video ini sebelum waktu berbuka, boleh ke McDonald’s untuk berbuka. Jika anda tonton selepas waktu berbuka, boleh hidupkan enjin kereta dan bungkus bawa pulang untuk bersahur.
Kalau tidak sempat, McDelivery kan ada. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini. Selamat mengerjakan ibadah puasa buat semua dan jemput berbuka bersama kami di McDonald’s.