Kebiasaannya apabila sebut kenduri makan, kita sebagai tetamu hanya perlu membawa diri dan keluarga untuk menikmati juadah makanan dan minuman yang dihidangkan secara percuma sahaja.

Namun, seorang individu bernama Sazali Bin Yaakob menerusi video TikToknya memperlihatkan pengalaman unik di dalam hidupnya apabila memenuhi undangan ke kenduri makan yang dianjurkan oleh seseorang.

Apa yang menariknya, seusai Sazali bersama keluarga duduk di satu meja, dia didatangi oleh beberapa individu yang menawarkan sejumlah lauk di dalam bekas dan juga botol mineral.

Video Tetamu Perlu Beli Lauk Dan Minuman Di 'Kenduri Makan' Raih Perhatian Netizen
Sumber Gambar: TikTok
Video Tetamu Perlu Beli Lauk Dan Minuman Di 'Kenduri Makan' Raih Perhatian Netizen
Sumber Gambar: TikTok

Sementara tuan rumah pula, dia akan menyediakan nasi sahaja buat tetamu yang hadir. Lelaki ini langsung menyoalkan kepada orang ramai jika ada yang pernah merasai pengalaman kenduri makan sebegini.

@sazalibinyaakob

@abuyasolution @Pakar Jantung Dr Rahim @AshyleyStudio @AshamarRadzi #upahajinakbantuanda #kenduridipondok#satun #ustaz #fypシ #fypシ゚

♬ bunyi asal – Sazali Bin Yaakob – Sazali Bin Yaakob

Pengalaman unik yang dirakam oleh pengguna TikTok ini lantas meraih perhatian ramai yang mana meluahkan rasa terkejut melihat situasi kenduri-kandara sedemikian yang jarang dilihat di sini.

Lalu, ada sesetengah netizen berkongsi bahawa ini merupakan tradisi Melayu Thailand yang mana ia dikenali sebagai jamuan sumbangan dan bayaran yang dikenakan itu adalah bertujuan untuk membina masjid, sekolah dan sebagainya untuk warga setempat.

Malah, ada yang mendakwa tradisi masih diamalkan di sekitar Kelantan dan Terengganu. Setelah diberikan penjelasan tersebut, barulah netizen dapat menerima sebab perlu membayar lauk dan minuman apabila hadir ke kenduri tersebut.