Presiden Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Tran Quoc Tuan menegaskan bahawa pasukannya tidak akan mengikut jejak langkah Malaysia dan Indonesia.
Apa yang dimaksudkan Quoc Tran ialah mengenai pengambilan pemain warisan dan naturalisasi bagi membarisi skuad itu.
Baca Juga:
- Tewas Kepada Malaysia, VFF Senaraikan 100 Pemain Warisan
- Bekas Pengendali Vietnam Anggap Kualiti Pemain Warisan Malaysia ‘Biasa’ Saja
- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia
Vietnam Punya Agenda Sendiri
Menurut Tran, strategi utama negara itu melalui pembangunan akar umbi dan peningkatan mutu saingan liga domestik.

“Kami kekal dengan strategi pembangunan yang berasaskan kekuatan dalaman bola sepak.
“Jika kami menambah pemain naturalisasi, ia mesti dilakukan secara terpilih dan bersesuaian.
“Ianya perlu dilakukan agar dapat mengekalkan identiti serta mencetuskan motivasi untuk pasukan berkembang.

“Kami tidak akan mengambil pemain secara besar-besaran seperti Indonesia atau Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, VFF dilaporkan telah mengenal pasti seramai 200 pemain warisan yang beraksi di luar negara.