Apakah kriteria untuk anda memilih sebuah penginapan apabila bercuti atau gathering? Mestilah harga murah dan memiliki pelbagai kemudahan, bukan?
Lebih mudah untuk mencari pelbagai tempat penginapan dengan menggunakan aplikasi tempahan penginapan. Akan tetapi, malang buat wanita ini apabila dia ditipu oleh pemilik penginapan selepas membuat tempahan di aplikasi tempahan penginapan terkenal.
Baca Juga:
- Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu
- Anda Kini Boleh ‘Freeze’ Harga Penginapan Yang Menarik Sebelum Sahkan Tempahan
- Terjumpa Hotel Terbengkalai Di Shah Alam, Wanita Ini Terkejut Penginapan Ini Masih Sedia Untuk Ditempah
Menerusi perkongsian @ladsheer di laman X, dia membuat tempahan sebuah villa untuk menyambut kepulangan ibunya yang baru pulang daripada mengerjakan umrah.
Booking villa melalui https://t.co/1toZsGCiOj tapi villa ni tak wujud dekat alamat Putrajaya.
Ini first time aku kena scam sepanjang hidup 3 dekad. pic.twitter.com/pFlRT4Wavv
— Sheer (@ladsheer) March 24, 2024
Selesai membuat tempahan, pemilik villa telah menghubunginya melalui aplikasi Whatsapp memintanya untuk membayar RM300 sebagai deposit pula.
Selepas menyemak kesahihan nombor telefon dengan di dalam aplikasi tempahan penginapan itu, dia pun membuat pembayaran kerana ayat yang diberikan oleh pemilik tentang invoice dan guideline untuk mengambil kunci juga cukup menyakinkan.
Before bayar memang aku cross check phone number. Bila dah konfem phone number owner villa dekat https://t.co/1toZsGBKYL ni sama, aku pun bayar deposit tanpa fikir was-was.
Sebab https://t.co/1toZsGBKYL kot takkan la nak fikir banyak kali. pic.twitter.com/ZxMhZjy2BQ
— Sheer (@ladsheer) March 24, 2024
Susulan dia sudah selesai membuat pembayaran deposit, dia menghubungi pemilik villa untuk membuat permintaan masuk awal, tetapi lelaki itu tidak membalasnya.
Sehinggalah tarikh untuk check in, dia mencari kesahihan villa tersebut dan terkejut mengetahui villa yang ditempah rupa-rupanya tidak wujud dan ia adalah satu penipuan.
Lebih mengejutkan, sudah ramai yang kena tipu. Wanita itu berjaya mendapat kembali jumlah wang yang ditempahnya melalui aplikasi tersebut selepas membuat aduan.
Hasil tinjauan kami, villa tersebut sudah tiada dalam listing tempahan dan Facebook villa itu juga sudah tiada. Pada hantaran promosi di Facebook pula, netizen menyerang di ruangan komen dengan mengatakan scammer.