Semua orang mahu gembirakan hati orang terdekat sebaik yang boleh. Bagaimanapun berbuat sedemikian sampai berhutang itu adalah satu perkara yang salah.

Baru-baru seorang pembuat kek meluahkan rasa hampa selepas ‘disidai’ salah seorang pelanggannya tidak membayar tempahan kek.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp, pelanggan itu mendakwa mahu membuat pembayaran selepas selesai memasak.

Bagaimanapun, hari demi hari, pelanggan itu ‘bluetick‘ dah ‘sidai’ sahaja penjual kek tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Bella Hisham

“Kakak rasa macam pengemis dah. Hari-hari minta bayaran daripada awak.

“Awak tahu kenapa kakak ambil juga order awak sampai tiga biji walaupun last minute? Kakak fikir Allah S.W.T bagi rezeki juga akhirnya. Kakak jarang dapat tempahan.

“Bila awak order, kakak terus okay sebab fikir rezeki dapat tambah-tambah buat pusing modal bulan ini,” rayu peniaga itu.

Bagaimanapun rayuan dibuat pada 21 Mei lalu tidak dapat penyelesaian. Oleh sebab itu wanita itu menularkan perkara tersebut di media sosial.

Ketika artikel ini ditulis, hantaran itu mendapat lebih 1,000 kali perkongsian.

Ramai mendesak agar perkara itu tular dan sampai ke pengetahuan pelanggan itu supaya dia dapat melangsaikan hutang tempahan kek.

Sumber Gambar: Facebook Bella Hisham

Difahamkan pelanggan itu merupakan pelanggan tetap. Peniaga tersebut tidak menyangka dia akan berbuat sedemikian.

Tambahnya, pada ketika itu peniaga tersebut memberikan juga kek tersebut kepada rider kerana tidak mahu penghantar barang itu tertunggu-tunggu.