Platform penstriman popular Netflix baru-baru ini menjadi perbincangan hangat apabila wakil ahli parlimen, Datin Mastura Mohd Yazid menyuarakan pendapat untuk menghalang atau menapis adegan-adegan 18SX dan LGBT yang terkandung di dalam Netflix.

Difahamkan penawaran adegan yang kurang sihat ini secara tidak langsung bakal memberi contoh yang kurang baik buat para penonton. Berdasarkan isu yang dibincangkan, Menteri Media dan Komunikasi, YB Gobind Singh Deo maklumkan beberapa ahli parlimen turut menyuarakan pendapat yang sama dimana mungkin tindakan akan diambil.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

netflix-parental-controls

Melihat kepada respon para netizen, ramai yang rata-ratanya kurang bersetuju berikutan syarat yang sudahpun diletakkan Netflix berkaitan had umur dan fungsi parental control yang disertakan. Selain itu, penawaran platform ini sebagai platform berbayar secara tidak langsung sudah memberi pilihan buat para pengguna.

Sumber