Kakak kepada pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi satu hantaran video TikTok, wanita itu mengakui kesilapannya setelah mengeluarkan hantaran balas yang mengundang kemarahan orang ramai.
Baca Juga:
- Kakak Pemandu Honda Jazz Kecewa Adik Dikecam Netizen
- Pemandu Honda Jazz Rempuh 2 Remaja Disahkan Tiada Lesen Memandu
Wanita yang dikenali sebagai Nur Athirah Najwa itu mengungkap permohonan maaf dan berharap semua pihak dapat memaafkannya.
@bungaorkeddddddddddd Assalammualaikkum / Salam sejahtera . Saya kakak kepada pelaku kejadian kemalangan maut diSenawang tempoh hari ingin membuat PERMOHONAN MAAF bagi pihak keluarga mangsa dan seluruh rakyat malaysia atas keterlajuran kata kata saya tempoh hari. Saya mintak maaf saya tidak dapat mengawal emosi sewaktu itu. Saya betul betul menyesal atas kata kata saya yang lepas. Harap pihak keluarga mangsa dan juga rakyat malaysia dapat memaafkan saya. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. #kakakhondajazz #permohonanmaaf #kemalanganmautsenawang
“Assalammualaikkum, Salam sejahtera. Saya kakak kepada pelaku kejadian kemalangan maut di Senawang tempoh hari ingin membuat PERMOHONAN MAAF bagi pihak keluarga mangsa dan seluruh rakyat malaysia atas keterlajuran kata kata saya tempoh hari.
“Saya minta maaf saya tidak dapat mengawal emosi sewaktu itu. Saya betul-betul menyesal atas kata kata saya yang lepas.
“Harap pihak keluarga mangsa dan juga rakyat malaysia dapat memaafkan saya. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya dalam video pendek berdurasi 30 saat itu.
Wakil ahli keluarga pemandu Honda Jazz turut minta maaf

Dalam satu hantaran lain, salah seorang wakil ahli keluarga turut tampil meminta maaf bagi kesemua pihak keluarga mangsa.
Tambahnya lagi, pihak keluarga langsung tidak tahu wanita itu berbalas komen dan mengeluarkan kenyataan yang menyinggung orang ramai.
“Kami sekeluarga mengaku kami berada di pihak yang salah, kami tidak menegakkan benang yang basah. Kami mengaku dan kami redha dengan segala apa yang akan berlaku selepas ini.
“Kami mohon sangat warganet maafkan keterlanjuran kata-kata daripada anak buah perempuan kami. Kami daripada pihak keluarga sangat cukup terkesan dengan apa yang berlaku, kami juga faham daripada pihak arwah pun sekarang tertekan dan tak boleh terima dengan apa yang terjadi,” kata wakil ahli keluarga pemandu Honda Jazz terbabit.
Dalam masa sama, pihaknya juga meminta agar netizen berhenti menyebarkan muka-muka anak buah lain yang masih kecil kerana bimbang mental mereka terganggu.