Perbezaan kaum dan agama di Malaysia merupakan salah satu punca kekuatan negara ini.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman tidak boleh dilupakan apabila pelbagai kaum berganding bahu membantu mencari seorang budak istimewa hilang.

Baca Juga:

Perkongsian semula Facebook Jade Lim itu menyentuh hati para pembaca.

Dalam hantaran tersebut, adik perempuan kawannya hilang di Sri Petaling.

Pada masa sama dia adalah seorang yang istimewa – individu yang mempunyai Sindrom Down – dikenali sebagai ‘Angel Baby’.

Pada 11:30 malam, tanpa berfikir dua kali, penulis asal terus masuk ke dalam kereta dan memandu ke sana (Petaling Jaya) untuk membantu.

Sebaik tiba, walaupun kebanyakan kedai sudah tutup, mereka tetap pergi dari pintu ke pintu, bertanya mengenai budak hilang.

Budak istimewa itu takut dengan bunyi mercun dan akan lari jika mendengarnya.

“Untuk mempercepatkan pencarian, kami menyewa sebuah skuter. Setelah sejam mencari, kami masih belum menemui sebarang petunjuk.

“Satu pasukan seramai 8-10 orang telah digerakkan. Kami juga menghubungi pemandu Grab dan rider Foodpanda, meminta mereka menyebarkan maklumat dalam rangkaian mereka.

“Akhirnya, kami menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” petik hantaran itu.

Kemudian, mak cik budak istimewa itu menerima mesej WhatsApp daripada seorang individu tidak dikenali, mengesahkan bahawa seorang pemandu GrabFood telah menemuinya.

Budak itu ditemui semula di kawasan Bukit Jalil.

“Bila difikirkan semula, ia memang masuk akal ketika kebanyakan daripada kami mencari di sekitar Sri Petaling, seorang budak istimewa yang ketakutan dengan bunyi mercun pasti akan terus berjalan tanpa henti.

“Dalam tempoh dua jam, tidak mustahil dia sudah sampai ke Bukit Jalil,” jelasnya lagi.

Penulis asal juga kongsikan beberapa momen yang menyentuh hatinya sepanjang misi pencarian tersebut.

“Apabila ahli keluarga salah seorang daripada kami berada dalam kesusahan, semua orang segera tampil untuk membantu.

“Seorang pejalan kaki dari kumpulan etnik lain ternampak Angel Baby dan memberinya RM5, bimbang jika dia kelaparan. Kemudian, saya memberinya RM20 sebagai balasan—kebaikan wajar dibalas dengan berlipat ganda.

“Pihak polis mengambil kes ini dengan serius dan segera memulakan rondaan. Tindakan pantas mereka benar-benar melegakan hati,” kata penulis.

Dalam masa sama, ada satu lagi kisah yang menyentuh hati penulis asal. Di mana seorang penghantar GrabFood menyerahkan kesemua hasil rezeki hari itu untuk membantu mangsa hilang.

“Pemandu GrabFood yang menemui Angel Baby hanya menerima satu pesanan sepanjang hari dan hanya mempunyai RM30 di tangannya.

“Dia ternampak Angel Baby menangis dan memanggil ibunya. Dia memeriksa begnya, menemui alamat rumahnya, dan segera memesan GrabCar untuk membawanya pulang.

“Tambang perjalanan adalah RM37, tetapi dia hanya mempunyai RM30—jadi dia meminjam RM7 semata-mata untuk memastikan Angel Baby sampai ke rumah dengan selamat,” kata penulis asal.

Hantaran itu Facebook Jade Lim itu telah mendapat lebih 458 kali perkongsian.

Ramai memuji semangat ‘Anak Malaysia’ yang ditonjolkan oleh orang ramai telah banyak membantu misi pencarian itu berjaya.