Final Fantasy XV baru sahaja dilancarkan semalam. Akhirnya, penantian 10 tahun peminat siri Final Fantasy berakhir setelah game ini berjaya dilancarkan dengan jayanya. Bagi memeriahkan lagi pelancaran game yang sudah lama dinantikan ini, Sony turut mengumumkan beberapa gadget dan yang paling cool pastinya Walkman edisi Final Fantasy XV.

Ya! apa lagi lebih awesome apabila menggabungkan dua elemen yang sangat nostalgia di dalam satu gadget. Walkman yang dilancarkan hadir dengan quality hi-res audio serta theme Final Fantasy pada interface Walkman. Peminat Final Fantasy mesti suka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

585_365_ffxv_ui_a

Selain itu, Sony turut mengeluarkan beberapa barangan lain seperti headphone dan bluetooth speaker edisi Final Fantasy XV. Untuk membuatkan pengalaman anda bermain Final Fantasy XV lebih awesome, Sony turut melancarkan Sony PS4 Final Fantasy XV Edition. Cool!

gallery_ffxv_2

gallery_ffxv_3

ps4

Buat anda yang minat dengan Final Fantasy dan tidak mahu terlepas memiliki walkman limited ini, mendapatkan bantuan rakan anda yang berada di Jepun untuk mendapatkannya adalah cara yang terbaik.

Hal ini berikutan gadget yang dikeluarkan ini adalah limited edition dan cuma dijual buat pasaran Jepun. Mendapatkan barangan limited ini pastinya membuatkan penantian 10 tahun anda untuk siri Final Fantasy terbaru anda lebih berbaloi.