Polis menahan 2 suspek kecurian tabung masjid dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Masjid Tenglu, Mersing.

Kejadian itu dilaporkan berlaku beberapa hari lalu. Dengan video rakaman perbuatan dua pelaku dirakam oleh CCTV di masjid berkenaan.

Video tersebut juga telah tular di media sosial terutama sekali di platform X. Menunjukkan suspek keluar dari keretanya lalu mencuri daripada tabung masjid.

Salah seorang daripada suspek adalah wanita yang melakukan perbuatan itu bersama dengan seorang lagi suspek lelaki.

Laporan juga menyebut bahawa kedua dua suspek tersebut adalah warga tempatan. Kedua dua suspek sudah pun ditahan polis untuk membantu siasatan kes kecurian tabung masjid tersebut.

Maklumat yang diberikan oleh PDRM kepada pihak media menyatakan bahawa mereka ditahan di Kuantan pada 4.30 pagi semalam. Kedua dua suspek berusia awal 40-an.

Menurut laporan Buletin TV3, kereta yang digunakan suspek – jenis Toyota – juga dirampas oleh pihak polis.

Dengan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, menurut pihak polis.

Hasil siasatan lanjut ke atas kedua dua suspek, mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas mereka.

Ini membawa kepada satu lagi siasatan di Seksyen 15(a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis mengesahkan kedua dua suspek direman 4 hari untuk siasatan lanjut.