Selain menerokai keindahan alam sekitar serta panorama seni bina bangunan yang menarik, ada juga yang berminat mempelajari kisah atau bangunan bersejarah di sesebuah negara yang dilawati.
Baru-baru ini, tular sebuah video di platform TikTok memperlihatkan seorang lelaki menemu ramah dua orang pejalan kaki di kota London.
Lelaki itu menyoal berkenaan negara yang mereka tidak mahu datang lawati dan menjawab terdapat satu negara yang dilawati tetapi tidak menyukainya sama sekali iaitu Singapura.
Menurutnya, negara Singapura tidak mempunyai personaliti atau elemen emosional yang menjadikan ia sebuah negara yang kurang menarik dan mungkin juga artificial.
“Kami bayangkan boleh melihat sesuatu macam terdahulu (sejarah) atau cerita kuno di Singapura tetapi tiada sama sekali,” ujar wanita tersebut.
Wanita itu meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat mempelajari sesuatu kisah kuno atau sejarah dari negara itu.
Ditambah pula dengan bandar metropolitan serba moden yang pesat di Singapura, mungkin wanita itu tidak dapat menghayati kelainan budaya atau bangunan antik apabila melawat ke negara itu seperti yang diharapkan.
Sementara di Malaysia, walaupun kita sedia mempunyai pembangunan yang serba moden, tetap bangunan bersejarah dan antik masih terpelihara dengan baik. Ditambah pula dengan rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum membuatkan Malaysia lebih unik dan mempunyai personaliti tersendiri.
@emma_a_cosmos2 Her experience for the first time visiting #singapore 🇸🇬
Menjengah ke ruangan komentar, netizen dari negara jiran meluahkan rasa tidak puas hati dengan pendapat yang dilontarkan kerana menghakimi tanah air mereka tanpa bertanya warga lokal.
Malah, mereka juga berpendapat memang Singapura tidak mempunyai kisah atau bangunan bersejarah kerana terbentuknya negara itu pada 1965 dan boleh dikira sudah berada dalam era moden pada ketika itu. Sementara negara lain sudah bertapak sejak ratusan tahun lamanya, yang sudah pasti berisi lebih kaya sejarah silam yang boleh ditelusuri.
Namun begitu, mereka percaya dengan pemodenan yang pesat ditambah infrastruktur yang lengkap dan sejumlah bangunan komersial yang menarik di negaranya boleh memenuhi kehendak dan mencari keseronokan yang tiada di tempat lain.