Kita cukup memahami akan perasaan seseorang yang kecewa apabila segala titik peluh dan usaha dalam menyelesaikan tugasan di pejabat pasti mahukan balasan setimpal seperti bonus.
Seorang wanita di Singapura bagaimanapun mengambil langkah drastik apabila dia bukan sahaja meninggalkan tempat kerja secara mengejut malah mengambil perkakasan syarikat bersamanya.
Di dalam platform Reddit, dengan hantaran bertajuk ‘Bekas rakan sekerja berhenti kerja dalam keadaan marah dan mengambil komputer riba syarikat sebagai ‘bonus’.

Si pengadu itu menulis dia mengetahui situasi itu apabila menerima panggilan daripada bekas majikannya.
Menurutnya, wanita itu membuat keputusan untuk berhenti kerja secara tiba-tiba dan menyerahkan surat peletakan jawatan 24 jam dan bukannya menjalani tempoh notis.
Dan lebih brutal lagi, dia malah mengambil komputer riba syarikat, sebuah MacBook Pro berdasarkan alasan yang tidak munasabah itu.

Alasannya? Komputer riba itu adalah ‘tebusnya’ untuk bonus yang dia fikir dia berhak terima sepanjang bertugas pada tahun sebelumnya.
Si pengadu kemudian bercakap kepada MS News mengenai kejadian itu, di mana dia mengesahkan ia berlaku di sebuah syarikat Makanan dan Minuman (F&B) yang mengeluarkan sos, tempat dia pernah bekerja sebagai Pengurus Jualan.
Menurutnya, wanita itu keluar dari pekerjaannya dengan marah apabila didedahkan bahawa syarikat tidak akan memberikan bonus tahun ini disebabkan masalah kewangan.
“Walaupun syarikat tidak pernah menjamin bonus, para pekerja telah menerimanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya juga menasihati bekas bos saya untuk membuat laporan polis dengan segera apabila dia meminta nasihat saya tentang cara menangani situasi itu,” katanya.
Bolej dijangkakan reaksi melampau wanita itu dikecam hebat oleh netizen, yang membidasnya kerana melakukan kecurian atas apa yang kelihatan seperti isu kecil.
Ramai mendakwa ia sebagai satu tindakan yang tidak berprofesional dan terlalu melayan perasaan tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari.