Seorang wanita berasal dari Amerika Syarikat baru-baru ini menjadi perbincangan hangat oleh netizen di Indonesia. Sejak 17 Januari 2021, nama Kristen Gray dengan akaun Twitter @kristentootie menjadi kontroversi disebabkan ciapan yang dia lakukan.
Dalam muat naik di akaun Twitter, dia menceritakan pengalamannya berpindah ke Bali pada tahun 2019. Namun, bukan itu yang menjadi kontroversi di kalangan netizen Indonesia, ia jauh daripada itu.
Dilaporkan oleh Pikiran-Rakyat.com dari media Bahasa Inggeris Indy100, Kristen Gray menceritakan pengalamannya selama satu tahun lebih tinggal di Bali. Dia menyatakan bahawa dia pindah pada tahun 2019 bersama kekasihnya, dan bekerja sebagai pereka grafik secara digital nomad.
Regarding the Bali thread (now deleted) that is taking Twitter by storm:
First of all encouraging people to skirt immigration rules to get around travel bans during a pandemic is obviously wrong.But wait…there's more: (1/7) pic.twitter.com/yuQAvWRfFe
— ExpatIndo.org (@Expat_Indo) January 18, 2021
Apa yang menjadi masalah adalah caranya yang berpindah ke negara yang mempunyai taraf hidup yang rendah dan mengambil kesempatan dengan tinggal lebih lama serta tidak membayar cukai.
Di dalam ciapannya, Kristen menyatakan bahawa semasa hidup di Amerika Syarikat, dia bangkrup dan susah untuk mendapat kerja. Namun semua berubah apabila dia memilih untuk berpindah ke Bali, di mana taraf hidup lebih murah berbanding di Amerika Syarikat.
“Pulau ini (Bali) luar biasa karena dapat mengakomodasi gaya hidup mewah kami dengan harga yang lebih murah.”
https://twitter.com/beiiley/status/1351108127136079883
“Saya memerlukan 1,300 dolar Amerika (Rp18,3 juta) untuk satu studio. Sedangkan di sini saya dapat memperoleh rumah dengan bayaran 400 dolar (Rp5,6 juta),” katanya.
Tidak hanya bangga kerana gaya hidupnya yang ‘kaya’, Kristen Grey juga mendapat kecaman netizen apabila dia mula mengajak warga asing yang lain untuk berpindah ke Bali dan menikmati gaya hidup mewah di sini.
Apa yang menjadi masalah adalah dia mengajak para ‘bule’ (warga asing di dalam bahasa Indonesia) datang ke Indonesia di saat Indonesia sedang menerima kesan buruk akibat wabak COVID-19.
For anyone curious about the deleted/hidden Bali thread pic.twitter.com/FYA3mRcMNf
— 🐷🐰 SHREK KIDS WOO (@gastricslut) January 17, 2021
Di dalam ciapan yang ditulis olehnya sendiri, dia menyatakan, “Kami sediakan pautan langsung kepada agen visa kami dan caranya untuk datang ke Indonesia di saat pandemi COVID-19.”
Isu ini bertambah panas apabila netizen mendapati bahawa Kristen dan pasangannya tidak membayar cukai. Perkara ini berjaya dikorek sendiri oleh netizen apabila mereka menjumpai satu ciapan yang dibuat oleh pasangan Kristen, iaitu Saundra.
Difahamkan, Saundra mengaku bahawa dia tidak pernah membayar cukai selama tinggal di Bali, “Mengapa saya mesti membayar cukai jika saya tidak menghasilkan rupiah? Saya membayar cukai kepada Amerika Syarikat kerana saya menghasilkan dolar,” tuturnya dalam satu ciapan yang lain.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1351005414910025740
Isu ini menjadi panas di Indonesia dengan beberapa netizen di sana mula menyuarakan pendapat mereka dan mengecam tindakan Kristen yang mengambil kesempatan.
“Hai Kristen, dengan rasa hormat. Sebagai orang Indonesia, ini adalah hal yang paling tidak hormat yang kamu lakukan terhadap negara yang banyak penduduknya,” tulis seorang netizen.
“Tidak membayar cukai di negara baru anda adalah salah. Undang-undang Indonesia mewajibkan anda membayar cukai pendapatan setelah 183 hari tinggal di Indonesia,” kata netizen.
“Bangga tinggal di bali dengan visa yang tidak sah dan tidak membayar cukai kemudian memujuk orang lain untuk melakukan perkara yang sama, kedengaran tidak masuk akal dan merepek,” tulis netizen yang lain.
“Rakyat Amerika berpendapat bahawa seluruh dunia, selain dari Eropah, adalah sarkas dan mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan,” kata seorang netizen.
Isu ini sebenarnya bukanlah baharu, terdapat juga beberapa warga asing dari negara eropah atau AS yang tinggal di beberapa negara Asia yang lain. Ada sebahagian daripada mereka yang mengambil kesempatan dengan taraf hidup yang rendah di sana.
Terdahulu, seorang minah salleh turut menjadi tumpuan di Malaysia apabila mendakwa budaya berbaju kurung sudah dilupai oleh rakyat Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.