Tular sebuah video yang menunjukkan seorang wanita menggunakan tangannya untuk makan telah mencetuskan perdebatan di media sosial.
Video empat saat, yang disiarkan oleh pengguna X dengan nama @jusbdonthate pada 7 Januari, menunjukkan wanita itu makan nasi menggunakan tangan di sebuah lapangan terbang. Ia ditonton lebih 24.7 juta orang sejak ia dimuat naik.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
Y'all, why this lady sat next to me eating with her damn hands? In a nasty airport. pic.twitter.com/qzw3NeyZqI
— JusB🪷🇺🇲 (@jusbdonthate) January 6, 2024
@jusbdonthate menyatakan rasa kurang senang dengan perbuatan makan menggunakan tangan atas faktor kebersihan. “Kenapa perempuan ni duduk sebelah saya makan dengan tangan?” tulisnya di bahagian kapsyen.
Video itu mencetuskan perbincangan dalam talian. Ada yang mempersoalkan etika merakam orang yang tidak dikenali manakala yang lain mempertahankan pilihan wanita itu sambil memetik perbezaan budaya.