Insan yang bernama ibu ini merupakan harta yang paling berharga yang Tuhan kirimkan kepada seluruh hamba-Nya. Begitu banyak perjuangan yang telah dikorbankan oleh wanita ini dalam membesarkan dan mendidik kita.

Namun, insan ini tidak akan sentiasa ada bersama kita buat selamanya. Satu hari nanti pasti wanita bergelar ibu ini akan kembali ke pangkuan yang Maha Esa.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
Sumber: Says

Pernahkah anda terfikir apa yang akan terjadi kepada anda jika suatu hari nanti anda akan kehilangan ibu tercinta? Sungguh disaat itu anda akan merasakan rindu yang tidak tertanggung dan seakan ada ruangan kosong berbekas di dalam hati anda.

Seperti kisah wanita ini @nadia_fariha yang menceritakan detik-detik akhir sebelum ibu tercinta pergi buat selamanya selepas dilanggar oleh pemandu treler mengantuk.

Perkongsian tersebut ditulis oleh beliau pada 5 Januari 2020 sempena mengingati tragedi yang menimpa beliau dan keluarga pada 5 Januari 2019 iaitu setahun yang lalu.

Kejadian dirempuh dengan treler pemandu mengantuk. Ibu kandungnya meninggal, wanita ini berada di ICU, paru-paru ditebuk dan keguguran kandungan 4 bulan.

Menurut perkongsian tersebut, ibunya sempat mengambil gambar di kedai gambar untuk pergi ke umrah.

Percutian ke Cameron itu turut disertai oleh Ibu mertua, adik ipar, suami dan ibu beliau.

Tambahnya lagi, kereta yang dinaiki mereka tiba-tiba mati dengan sendirinya. Lalu, suami beliau memberhentikan kenderaan tersebut di lorong kecemasan.

Sementara menunggu bantuan PLUS, suaminya terlihat sebuah treler yang dipandu secara merbahaya. Apabila treler tersebut semakin hampir dengan kereta mereka, suaminya sempat menyelamatkan ibu mertuanya sahaja yang ketika itu berada di luar bersama suaminya.

Sumber: Twitter @nadia_fariha

Berdasarkan thread itu juga, ibunya meninggal di tempat kejadian. Beliau dan keluarga yang lain di bawa ke Hospital Sg Buloh.

Sumber: Twitter @nadia_fariha

Kejadian itu menyebabkan dirinya keguguran kandungan 4 bulan, paru-paru ditebuk, tulang rusuk dan pinggul retak dan banyak lagi kecederaan dalaman lain.

Semoga roh arwah ibunya ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata masyrakat untuk lebih menghargai ahli keluarga sendiri terutamanya insan yang bergelar ibu ini.

Semalam, tular di media sosial sebuah kereta Proton Preve seret motosikal dan pemandunya dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tular Rakaman Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Dan Seret Motosikal Undang Kemarahan Netizen

Kereta Hangus Terbakar Gara-Gara ‘Powerbank’ Meletup