Selepas enam tahun memilih dan menghabiskan banyak wang untuk menjalani penbedahan menjadi lelaki, Alia Ismail kini memilih untuk kembali fitrah menjadi perempuan. Dia yang berasal dari Michigan telah memilih jalan ini sejak umur 18 tahun lagi.

Pada tahun-tahun awal menjadi lelaki, Alia telah menukar namanya kepada Issa, dan pada usia 20 tahun dia melakukan perubatan untuk meningkatkan hormon lelaki.

“Secara sosial pada usia 18 tahun saya keluar, menggunakan kata ganti nama lelaki dan berpakaian maskulin. Menjelang 20 tahun, saya menjalani perubatan di mana saya memulakan hormon dan menukar nama saya secara sah pada Ogos 2015, dan kemudian menjalani mastektomi pada 2016,” katanya.

Tambah beliau lagi, pada peringkat awal peralihan keluarganya menerima perubahan yang dipilih. Bagaimanapun, datuk dan nenek beliau kurang memahami peralihan beliau dari seorang wanita kepada lelaki.

Selepas peralihan, Alia yang kini berusia 27 tahun merasakan identiti baharu itu tidak benar-benar mewakili siapa dirinya dan selepas mengambil kira beberapa faktor, dia memutuskan untuk kembali kepada fitrah beliau yang dilahirkan sebagai wanita dan mengunakan kata ganti nama wanita.

Alia menjelaskan bahawa beliau tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat olehnya setelah menjalani pelbagai perubatan untuk menjadi lelaki. Baginya, apa yang terjadi sebelum ini adalah antara masa terbaik dalam hidupnya dan ia berjaya menemui dirinya kembali.

“Keluarga saya bersikap neutral dalam perasaan mereka. Mereka tahu bahawa saya cukup kuat untuk meletakkan diri saya melalui perjalanan yang tidak diketahui ini dan bangga dengan saya kerana jujur ​​pada diri saya sendiri,” katanya.

Alia sangat terbuka tentang perjalanan hidupnya dan berharap dapat membantu orang lain yang bergelut dengan identiti mereka.

“Saya rasa orang yang tidak memahamj memilih untuk berbuat demikian kerana kejahilan dan kurang empati,” tambah Alia.

“Keputusan adalah sukar, tidak kira apa pun dan saya harap kita semua boleh kekal berfikiran terbuka untuk memahami sebabnya, dan bukannya menonjolkan rasa tidak selamat.

“Akan selalu ada saat di mana orang salah faham dengan saya, tetapi saya tidak boleh membiarkan itu mengalahkan saya. Saya telah membantu ramai orang yang mempersoalkan seksualiti dan jantina mereka dengan berkongsi pengalaman saya.”

‘Allah sangat baik pada saya’ – Kisah lelaki ini hijrah keluar dari gelapnya dunia LGBT. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Allah Sangat Baik Pada Saya’ – Kisah Lelaki Ini Hijrah Keluar Dari Kelamnya Dunia LGBT

Sambutan Hari Wanita Sedunia Jadi Medan LGBT ‘Tunjuk Perasaan’?

Lagu Akhir Zaman Bunkface Dikecam Kerana Bantah LGBT

Sumber