Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk mengerat hubungan keluarga adalah berkelah di tepi pantai. Anda yang pergi pasti mahu berseronok bersama tersayang sambil menikmati pemandangan laut yang cukup indah.

Namun berbeza dengan seorang wanita ini dan keluarganya apabila niat mahu berseronok dengan perkelahan bersama tersayang menjadi terbantut disebabkan pengunjung lain yang tidak bertimbang rasa.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna bernama @snlelaaaaa di TikTok, awalnya mereka sekeluarga telah memacak khemah di satu kawasan di tepi pantai.

Dari kawasan khemah itu dapat dilihat pemandangan pantai yang cantik sambil orang awam bermandi-manda di persisiran pantai.

Dalam pada masa sama, kelihatan mereka turut memasak kudap-kudapan sambil melayan pemandangan yang cantik.

Namun momen pemandangan indah itu hanya sementara apabila kedatangan sebuah keluarga yang kemudiannya memasang khemah di hadapan mereka.

Tindakan itu secara tidak langsung telah menyebabkan pemandangan pantai mereka kini terhalang disebabkan saiz khemah dan ‘flysheet’ yang besar.

“Kesian dia orang, tertutup ‘hijab’ sampai tak nampak kami yang besar ni.

“Seluas-luas pantai, depan kami juga korang pacak khemah,” luahnya dalam video tersebut.

Dapat dilihat ada sebahagian pengunjung lain yang mendirikan khemah di situ tetapi tidaklah sehingga mengganggu pemandangan orang lain.

@snlelaaaaa

Kisah sedih ringkas picnic semalam dengan family..😭 #commonsense #nomanner #tertutuphijab #trending #fyp

♬ (You’re The) Devil in Disguise – Elvis Presley

Memindai ke rungan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap keluarga terbabit yang langsung tidak bertimbang rasa ketika berada di tempat awam.

Wanita Kecewa Sebuah Keluarga Pacak Khemah Sehingga Tutup Pemandangan Pantai Ketika Berkelah
Sumber Gambar: TikTok Lela
Wanita Kecewa Sebuah Keluarga Pacak Khemah Sehingga Tutup Pemandangan Pantai Ketika Berkelah
Sumber Gambar: TikTok Lela

Ada netizen yang bertanya mengapa wanita berkenaan tidak menegur tindakan pengunjung berkenaan.

Lalu Lela menjawab, individu yang memasang khemah tersebut adalah seorang lelaki berumur. Malah dia pada ketika itu bersama keluarga mentua dan enggan menimbulkan kekacauan.

Sumber