Seorang wanita kecewa dengan reaksi tunangnya ketika dia mengumumkan dia sudah mengandung.

Dalam satu video dikongsikan di media sosial itu, wanita itu berkongsi tangkap layar perbualan video dia dengan tunangnya yang merupakan seorang askar marin.

Wanita itu mengharapkan reaksi gembira dan terkejut daripada tunangnya yang sedang berada di perairan, ketika sedang bertugas.

Wanita kecewa tunang macam tak teruja

Malangnya, reaksi askar marin itu jelas berbeza daripada  apa yang wanita itu harapkan. Lantas wanita itu kecewa dan meletakkan emoji menangis.

Wanita kecewa, lebih lebih lagi tunangnya sudah setahun tidak pulang dan tidak bersamanya termasuk pada hari bahagia mereka, di mana dia hamil.

Askar marin tersebut jelas buntu dan keliru kerana dia sudah tidak pernah pulang bertemu dengan tunangnya kira kira setahun.

wanita kecewa

Wanita itu menulis: “Tunang saya, askar marin sedang ditempatkan [untuk bertugas] mendapat tahu saya baru sahaja hamil.

“[Reaksi sedih melihat tunang tak teruja] sedangkan dia dah setahun pulang ke rumah.”

@memezerino

Thoughts ? 😳 #explore #fyp #foryoupage #foryou #viral

♬ original sound – Memezerino

Bagaimana tunangnya boleh hamil? Dan askar itu mungkin mahu tahu siapakah ayah kepada anak itu.

Ada yang troll: “Bro bagi servis untuk negara, lelaki lain servis tunang dia pula.”

Di ruangan komen rata  rata netizen menganggap lelaki tersebut jelas dalam keadaan terlalu terkejut daripada raut wajahnya.

Dan menurut mereka itu bukan sesuatu yang patut dibuat kelakar. Jelas lelaki tersebut dianggap memerlukan bantuan psikologi untuk berdepan dengan situasi yang sedang dia hadapi.

Yang lain berharap agar lelaki itu baik baik sahaja berdepan dengan detik hitam itu.

“Seseorang yang kenal lelaki ini sila pastikan dia baik baik sahaja. Pernah laluinya dulu, ianya haluan gelap untuk lalui seorang  diri,” tulis Avilos.

Yang lain berkata: “Kenapa wanita ini sanggup merakam dan berkongsi perkara ini kepada umum, seolah olah benda ini tiada apa. Sakit betul generasi hari ini.”

Mereka kecewa kerana generasi hari ini jelas dianggap semakin hilang akal pertimbangan atau common sense.

Seterusnya netizen berkata: “Kamu nak jangkakan apa? Nak dia terkejut dan gembira dengar berita kamu hamil?”

Ada juga yang perasan: “Lihat pada skrin telefon dia ada notifikasi, jelas dia juga sedang berhubung dengan orang lain.”

kecewa

Kemudian seorang lagi berkata: “Dia salahkan lelaki itu [sebab tak bersamanya ketika dia hamil] dan kemudian rakam.”

22