Apa perasaan anda ketika buka TikTok dan ternampak bekas rakan sekerja sedang mengutuk diri anda di hadapan penonton?
Seorang lelaki berkongsi pengalamannya di mana secara tidak sengaja dia terjumpa Live TikTok bekas rakan sekerja sedang mengutuk dirinya.
Menerusi X.com @onlyyourperson, dia hanya sempat berkerja sekali dengan dua rakan sekerjanya selama dua minggu sahaja.
🔥RAKAN KERJA MULUT PUAKA |
Allah maha kuasa tak sangka kebetulan tgah slide2 tt then termasuk live org yg tgh KUTUK aku. Aku jmpe dua ekor ni baru 2 minggu kerja then tk berkenalan lagi dah kene kutuk dalam live. pic.twitter.com/tYwo8cafLa— williuu (@onlyyouperson) June 26, 2024
“Allah maha kuasa. Tak sangka kebetulan tengah slide TikTok, tiba-tiba termasuk Live orang yang tengah kutuk saya. Saya jumpa dua orang ini baru 2 minggu kerja. Kemudian tak berkenalan lagi dah kene kutuk dalam Live.
“Tapi kuasa Allah jugalah saya hari-hari berdoa – ‘Ya Allah jauhkanlah saya daripada orang-orang yang tak baik’. Saya tak pernah tahu pun apa TikTok mereka ini. Dengan kuasa Allah, lalu Live ini dekat FYP saya. Sedang elok tengah mengutuk, saya pun apa lagi rekodlah,” kata lelaki tersebut.
Menerusi klip video yang direkod, kedua-dua wanita itu mendakwa lelaki yang mereka kutuk itu sebagai berlagak dan ‘perasan bagus’. Dalam masa sama, mereka memerlukan rakan sekerja lelaki yang lebih kacak dan tampan sebagai jurujual kereta.
Menurut X.com @onlyyourperson, dia enggan menularkan video tersebut. Bagaimanapun salah seorang bekas rakan sekerjanya itu mencabarnya berbuat sedemikian.
Tambahnya lagi, dia berhenti kerja daripada situ kerana tidak mahu duduk di dalam persekitaran rakan sekerja toksik.
“InshaaAllah ada rezeki lain, kita berhenti bukan bermakna kita undur diri. Tapi sebab tidak mahu duduk dengan persekitaran yg toksik. Kalau saya stay pun, saya tahu dah apa yang akan jadi,” ujar lelaki berkenaan.
Netizen menggelarkan mereka sebagai ‘wanita mulut puaka’ dan mengecam tindakan kedua-dua wanita itu yang mengutuk rakan sekerja yang sudah tidak bersama mereka lagi.
Dalam masa sama netizen berharap pihak syarikat dapat mengambil tindakan terhadap pekerja itu supaya menjaga adab semasa melaksanakan tugas.