Sebaik bangun tidur, kita kebiasaannya mahu akan mandi di pagi hari untuk menyegarkan badan.
Bagaimanapun, tular di media sosial berhubung satu video yang memperlihatkan seorang wanita dari Singapura yang merayu agar orang ramai tidak memaksanya untuk mandi di pagi hari sebelum menaiki pengangkutan awam.
“Tolong henti menyoal kami untuk mandi sebelum menaiki pengangkutan awam untuk ke kerja.
“Adakah anda lihat ini, tidak cukup tidur dan anda masih menjangkakan kami bangun awal hanya untuk mandi,” soalnya kepada orang ramai.
Pada pengakhiran video, dia menegaskan sekali lagi perkara itu tidak akan berlaku iaitu mandi di pagi hari sebelum menaiki pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.
@xinderellah please 🙏🙏🙏
Video luahan hati wanita itu langsung tular di media sosial dan menjadi perdebatan hangat di kalangan netizen Singapura dan Malaysia.
Majoritinya mengecam dan meluahkan rasa jijik apabila mengetahui rupanya ramai yang tidak mandi di pagi hari dan mengaitkan bau busuk yang kuat selalu dihidu dalam pengangkutan awam berpunca dari ini.
Walaupun ada yang cuba mempertahankan perkara itu kerana didakwa sudah mandi sebelum masuk tidur, netizen tetap berpendirian ia tidak cukup memandangkan kita berada di zon beriklim tropika yang pasti akan berpeluh dan berbau selepas itu.


Ada yang turut mempersoalkan seberapa lama diperlukan untuk mandi bagi wanita terbabit walhal secara relatifnya kita hanya perlukan sekitar 5 minit ke 10 minit sahaja dalam berbuat sedemikian.
@runnerkao SG important issues be like.. #justkidding #morningshower @KaoFam
Pempengaruh dari negara Singapura lain juga turut melontarkan pandangan di dalam perdebatan ini dan bersetuju jika kalau setiap orang wajib mandi terlebih dahalu di pagi hari kerana kebersihan diri sangat penting apatah lagi berdepan dengan orang ramai di dunia sebenar.