Seorang wanita telah memuat naik hantaran video rasa tidak puas hati apabila Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah merobohkan struktur rumahnya di Bukit Rahman Putra pada Khamis lalu.
Menurut wanita itu MPS tetap merobohkan struktur rumahnya walaupun mahkamah telah memberinya perintah bagi tujuan penangguhan.
Baca Juga:
- Selepas 2 Tahun ‘Renovation’, Ini Wajah Terbaharu R&R Seremban
- Tiada Kereta Baharu Dan ‘Renovation’ Pejabat, Anwar Ibrahim Mahu Elak Bazir Duit Rakyat
- Hasil ‘Renovation’ Kilang Simen Ini Kepada Sebuah Rumah Memang Sangat Epik
Menerusi video yang dikongsikan wanita itu (namun dia sudah private akaunnya), perobohan tersebut melibatkan bahagian balkoni dan tembok pagar rumahnya.
Sepanjang bertahun-tahun saya berurusan dengan PBT, saya boleh katakan 99.9% tindakan PBT adalah betul. Mereka akan bertindak selepas cukup bukti dan setelah beri banyak amaran.
Tuan rumah boleh bawa ke mahkamah kalau tak puas hati, itu hak anda.
pic.twitter.com/L9nz1Yn8jk— Roman Akramovich (@SyedAkramin) September 13, 2024
Wanita itu berkata dia telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh selepas kejadian perobohan struktur renovation rumah berkenaan.
Bagaimanapun, menurut MPS berkata operasi itu dilaksanakan ekoran kesalahan binaan struktur tanpa kebenaran, petik Sinar Harian.
“Tindakan perobohan ini diambil selepas beberapa notis di bawah Seksyen 72 Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 dikeluarkan,” katanya.
Pada masa sama, MPS meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung operasi tersebut.