Apabila bercuti ke luar negara, kita semestinya mahu kenangan yang indah untuk dikenang di kemudian hari.
Bagaimanapun, seorang wanita berkongsi pengalaman ngerinya apabila hotel yang didiami itu telah diceroboh oleh seorang lelaki asing tanpa disedari olehnya.
Memetik daripada portal Oriental Daily, Wanita Ukraine bernama Natalie mendedahkan bahawa dia melancong ke Tokyo, Jepun pada bulan lepas dan menginap di sebuah rangkaian hotel yang terkenal.
Pada hari pertama, semuanya berjalan seperti biasa, tetapi pada malam kedua, dia kembali ke bilik hotel sekitar pukul 7:30 malam dan terhidu bau yang aneh sebaik sahaja melangkah masuk.
Pada mulanya, dia mengesyaki bau itu datang dari rambutnya atau cadar, tetapi akhirnya dia mendapati bau aneh itu berpunca dari bawah katil. Dia sempat bergurau dan tertanya-tanya jika ada mayat yang tersembunyi.
Kemudian, dia melihat ke bawah katil dan ternampak sepasang mata sedang merenungnya. Rupa-rupanya ada seorang lelaki Asia sedang bersembunyi di bawah katil.
Natalie sangat ketakutan sehingga dia menjerit, dan lelaki itu dengan pantas merangkak keluar dari bawah katil dan merenungnya selama kira-kira 3 saat.
Pada saat itu, dia menyangka hidupnya akan berakhir, tetapi lelaki itu tiba-tiba menjerit dan melarikan diri dari tempat kejadian. Natalie terlalu takut sehingga dia berlari keluar untuk meminta bantuan daripada kakitangan hotel.
Selepas pihak polis tiba di tempat kejadian dan melakukan pemeriksaan, mereka menemui sebuah power bank dan kabel di bawah katil. Mereka pada mulanya membuat kesimpulan bahawa lelaki itu mungkin telah bersembunyi di sana sejak sekian lama.
Selepas itu, Natalie berulang kali bertanya kepada kakitangan hotel bagaimana perkara ini boleh berlaku, tetapi dia tidak pernah mendapat penjelasan yang jelas.
Dia meminta pihak hotel untuk memulangkan bayaran penginapannya dan berpindah ke hotel lain pada keesokan harinya.
Walaupun dia akhirnya menerima bayaran balik sepenuhnya, dia tidak berpuas hati dengan sikap negatif pihak hotel dalam menangani perkara itu, dan pihak polis juga gagal mengesahkan identiti suspek, yang membuatnya resah dan tidak dapat tidur.
Demi melindungi haknya, dia menuntut pampasan mental sebanyak US$1,600 (kira-kira RM7,000) daripada pihak hotel, tetapi tuntutannya ditolak.
@natalisi_ I found a man under my bed in a hotel room in Japan. This was supposed to be a safe solo trip. What happened changed everything. If you’re a solo traveler, please share this. We deserve to feel safe — even in ‘safe’ countries. @apahotel @agoda #SoloTravel #TrueStory #TravelNightmare #HotelHorror #JapanTrip #SafetyFirst #TokyoDiaries #WomenTravelSafe #TravelSafetyMatters #HotelSecurityFail #APAHotel #JapanTravelTips #TravelerWarning #APAHotelRyogoku #APAHotelJapan #APAHotelExperience #FYP #ReelStory #Storytime #ShockingStory #RealExperience #GoingViral #SoloFemaleTraveler
Dengan nada kecewa, Natalie berkata bahawa alasan dia mendedahkan perkara itu kepada umum adalah kerana dia berharap pihak hotel akan mengambil tindakan konkrit dan untuk mengingatkan semua pelancong agar sentiasa berwaspada ketika menginap di hotel.