Kehadiran penjual jeruk tepi jalan secara meluas telah menjadi topik hangat kerana dianggap merbahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya.
Namun, ada yang sanggup membeli kerana mahu memberi sokongan kepada warga lokal yang rajin berusaha walaupun dikira sudah melanggar undang-undang.
Seorang pengguna X memberi pesanan yang minta rakyat tempatan untuk lebih berwaspada dengan kegiatan warga asing yang sebenarnya mempelopori jualan jeruk di lampu trafik selama ini.
Difahamkan majoriti suspek menutup muka atau memakai kostume untuk menyorok identiti sebenar mereka dalam masa sama mendapat kepercayaan setiap pemandu tempatan yang bertembung dengannya di dalam dunia sebenar.
Lebih menjijikkan lagi, apabila dia berkongsi sebuah video yang memperlihatkan pihak berkuasa menyerbu tempatan pembuatan jeruk yang mana didapati berada di tempat yang kotor seperti dalam longkang, di bawah jambatan tanpa sebarang pengawalan kebersihan.
PERINGATAN
Mohon jangan beli/makan jeruk mangga asam boi traffic light lagi.Sekarang kebanyakkan warga asing(bangladesh,rohingya) yang jual terutamanya yang menutup penuh muka atau memakai costume Mickey mouse,spiderman dan lain-lain pic.twitter.com/0p65x1sYUO— jijiee malaya (@khairulazizi75) May 14, 2025
Ramai netizen meluahkan rasa kesal apabila mengetahui selama ini telah tertipu kerana menyangka ia adalah dikalangan warga lokal dan lebih parah lagi tahap kebersihan produk yang cukup teruk.
Hal ini kerana ada yang berkongsi pernah menerima bungkusan plastik bersama puntung rokok di dalamnya. Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa mengalami sakit perut yang teruk selepas memakan jeruk yang dibeli di tepi jalan itu.
Oleh itu, ramai sedia memboikot terhadap penjualan jeruk kerana sudah serik dan mahu membasmi daripada terus berleluasa.