Warga asing dari Bangladesh sengaja cari pasal, dan telah digempur oleh pasukan PASKOM atau Pasukan Khas Operasi Mobile Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Warga Bangladesh tersebut tanpa berselindung menunjukkan mereka berniaga telefon pintar dengan membuat siaran langsung menerusi platform media sosial.

Mereka menjual pelbagai jenis telefon pintar termasuk yang mahal.

warga asing

Tindakan tersebut dianggap benar benar mencabar undang undang negara. Kerana rata rata warga Bangladesh masuk ke Malaysia menggunakan permit pekerjaan bukannya untuk berniaga.

Warga asing diserbu PASKOM

Netizen meminta PASKOM bertindak segera dengan berkata: “Alamatnya pun dah tersedia, tunggu apalagi Jabatan Imigresen Malaysia.”

PASKOM segera membalas  dan terus berkata: “Sekejap  lagi kami  sampai.”

paskom

Rangkuman ringkas video PASKOM menggempur premis tersebut telah dimuatnaik di lamann TikTok. Ada yang menganggap seperti dalam movie melihat operasi tersebut.

Dan rata rata netizen puas hati warga Bangladesh tersebut diserbu dan dikenakan tindakan. Ini kerana warga asing tidak dibenarkan untuk berniaga di Malaysia. Sudah  tentunya mereka tidak ada leseen perniagaan.

Mereka memuji operasi PASKOM sebagai padu dan mantap. Serta berharap pesalah tidak akan terlepas. Ini adalah satu amaran kepada mereka yang lain agar hormat undang undang di Malaysia.

@paskom.official

OPERASI PENGUATKUASAAN KL STRIKE FORCE JIM WPKL DAN DBKL OPS KUTIP DI AA MOBILE SELLER ENTERPRISE (ASHRAF GADGET KL), NO. 148, JALAN CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU, 55100 KUALA LUMPUR. 11.03.2025 . SERAMAI 4 PATI DITAHAN #respectthelaw #securethenation #imigresen #imigresenmalaysia #klstrikeforce #immigration #jimkl #kdn #pudu #iphone #ashrafgadgetstore #operasi #jimkl #uptownkl #viralvideo @Imigresen Kuala Lumpur @Jabatan Imigresen Malaysia @PIN KL @JABATAN PENGUATKUASAAN – DBKL @Benjo Tralala 🥴 @meajinmasya

♬ original sound – PASKOM JIMWPKL – PASKOM JIMWPKL

Warga Bangladesh tersebut  disemak dokumen mereka. Dan kemudian digari oleh PASKOM untuk tindakan selanjutnya.

paskom

Ramai yang geram dengan sikap warga asing yang semakin berani melanggar undang undang di negara Malaysia. Mereka telah menafikan hak orang Malaysia sendiri.

Netizen berharap operasi serupa dilakukan di negeri negeri lain selepas in. Kerana semakin ramai warga asing yang berani berniaga termasuk di pasaraya.

Ada juga yang meminta agar siasatan lebih menyeluruh dibuat kerana pasti ada petualang yang menjadi pengkhianat negara yang menyokong warga asing  tersebut melakukan perniagaan haram di Malaysia.