Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang cota besi di Kampung Buloh, Ipoh, di sini, semalam.

Memetik Harian Metro, mangsa, Shamsuddin Mohamad, mengalami kecederaan di bahagian muka meninggal dunia di lokasi kejadian.

Baca Juga:

Menurut adik mangsa, Hasnah Ghazali, 40, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang selepas abangnya berbual dengan rakan.

Kemudian dia didatangi seorang remaja lelaki yang mengajaknya ke belakang kedai runcit berhampiran, lalu terus memukul mangsa dengan cota besi.

“Abang saya terus rebah tidak sedarkan diri dan kejadian itu disedari seorang lelaki yang melalui kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Adik mangsa mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang rakan jam 5.45 petang sebelum terus ke lokasi.

Katanya, dia mendapati Shamsuddin sudah pun meninggal dunia dalam keadaan muka yang berlumuran darah.

“Saya difahamkan kejadian ada kaitan dengan teguran abang terhadap remaja itu yang bermain motosikal menyebabkan timbul rasa tidak puas hati,” katanya sambil memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kelupang Ipoh, di sini.

Sumber