Seorang wanita warga emas dilaporkan maut akibat diserang sekumpulan anjing liar, dalam kejadian yang berlaku di kawasan terminal bas di Kunak, Sabah pada Sabtu lalu.
Kejadian itu berlaku kira kira 1.49 pagi, berdasarkan maklumat rakaman kamera litar tertutup atau CCTV di kawasan tersebut.
Warga emas jadi mangsa sekumpulan anjing liar
Pegawai Daerah Kunak, Majaran Osman memberitahu wartawan bahawa wanita warga emas itu tiba dari Kota Kinabalu seeorang diri.
Semalam, Harian Metro melaporkan bahawa polis masih mencari waris dan ahli keluarga kepada mangsa yang meninggal dunia tersebut.
Polis mengesahkan sukar untuk mencari waris mangsa kerana mangsa tidak ada sebarang dokumen atau maklumat yang lengkap selain identiti mangsa juga yang tidak diketahui.
Polis menambah, penduduk di sekitar kawasan tersebut sudah cuba membantu polis mencari waris mangsa namun gagal.
Mangsa yang sudah berada di kawasan terminal bas tersebut selama 2 atau 3 hari sebelum dia diserang oleh sekumpulan anjing liar pada awal pagi semalam.
Polis menegaskan bahawa pihak berkuasa di daerah tersebut sedang menjalankan operasi berkala untuk menangkap dan memindahkan anjing liar daripada kawasan tersebut.
Operasi itu dibuat sepanjang tahun, dan PDRM sendiri turut terlibat membantu, menurut Majaran Osman kepada Harian Metro.
Kejadian serangan anjing liar yang menyebabkan kematian adalah yang pertama kalinya berlaku di Kunak, menurut sumber polis lagi.
Jadi kejadian ini benar benar mengejutkan ramai pihak di kawasan tersebut.
Menurut laporan yang sama, mangsa parah dan meninggal dunia setelah digigit oleh kumpulan anjing liar mengalami kecederaan luka di bahagian tangan kiri, kepala, dada kanan, di bahagian kedua dua belah pinggang serta kedua dua kakinya.
Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tawau. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.