Dengan kemajuan AI hari ini, ramai individu cuba meneroka aplikasi penjanaan video dalam mereliasasikan kreativiti yang terpendam selama ini.

Namun, kecanggihan AI dalam menjana visual yang realistik serta dengan nada percakapan yang ‘natural’, nampaknya telah memperdayakan banyak golongan emas yang tidak celik IT.

Perkara ini yang dikongsikan oleh sebahagian netizen di Threads yang mana mendakwa ramai warga emas yang terlalu percaya akan video janaan AI yang dimuat naik di media sosial.

Salah seorang wanita yang dipercayai bekerja dalam bidang perhotelan menceritakan bagaimana sepasang warga emas yang sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk ke Pengkalan Hulu demi menaiki kereta kabel.

Wanita itu pada mulanya ingatkan mereka bergurau namun selepas disemak rupanya mereka telah tertipu dengan video janaan yang tular di media sosial yang mendakwa mempunyai tarikan kereta kabel dari Pengkalan Hulu hingga Baling.

Apa yang membuatkan mereka yakin kereta kabel itu wujud adalah kerana ada kehadiran wartawan dan liputan media di dalam video itu walhal itu semua hanyalah janaan AI semata-mata.

Setakat ini, video asal itu didapati telah pun dipadam dek mungkin kerana menerima laporan dan juga kecaman dari pengguna platform.

@ybda02

♬ original sound – D.A – D.A

Dalam pada itu, kami melihat ramai dalam kalangan anak-anak berkongsi mengalami isu yang sama di mana ibu bapa mereka mempercayai konten-konten AI seperti Taman Jurassic Park yang pernah tular dulu.

AI
Sumber Gambar: TikTok

Sebahagian warga emas yang bertanya dahulu atau sekadar membuat perancangan, masih berjaya diselamatkan kerana ditegur oleh anak-anak mereka.

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, seorang pengguna TikTok mendedahkan yang mereka telah pun menyewa 3 buah van dengan caj berjumlah RM9,000 dan RM3,000 bagi setiap satu.

Oleh itu, netizen dari golongan yang celik IT menasihati terutamanya anak-anak untuk memantau ibu bapa mereka dalam menyemak kesahihan sesuatu video yang beredar di media sosial kerana takut menjadi mangsa seterusnya di masa kelak.