Betullah orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu di mana siapa sangka dengan menyertai acara memancing boleh membawa pulang hadiah lumayan.

Inilah kisah menarik yang dikongsikan oleh seorang pengusaha kolam pancing merakam detik terindah buat peserta dari Indonesia yang berjaya merembat hadiah berjumlah RM200,000 pada siri pertandingan kali ini.

Di dalam video itu, kelihatan peserta bersama rakan sewarganegaranya sedang mengambil hadiah berupa wang tunai RM200,000 bersamaan 769,789,200 Rp.

Kelihatan wajah wanita itu tersenyum lebar kerana menerima hadiah tersebut dan mendapat kepuasan dengan hasil usahanya yang membuahkan hasil lumayan.

Mereka kemudian memasukkan wang tunai itu ke dalam beg galas bagi memudahkan urusan membawa pulang wang itu.

Difahamkan oleh pihak penganjur bahawa sesiapa sahaja boleh menyertai acara pertandingan yang diadakan tanpa mengira negara mereka dan hanya perlu membayar RM140 untuk sebatang joran dan mungkin juga sekali pendaftaran.

Menjengah ke ruangan komentar, ramai juga warga tempatan meluahkan rasa tidak puas hati melihat penerimaan peserta selain dari Malaysia dan risau mereka datang dari pendatang yang tidak sah.

Sementara sebahagian lain, menitipkan ucapan tahniah buat pemenang dan netizen dari Indonesia pula berpuas hati melihat sifat keterbukaan pihak penganjur menerima sesiapa sahaja tanpa sebarang prejudis.