Seorang wanita yang dipercayai dari Indonesia meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui perangai rakyat Malaysia ketika berada di tempat makan tanpa had iaitu buffet.
Menerusi video tersebut, dia sedang merakam hidangan makanan di buffet yang disediakan oleh pihak hotel barang kali.
Boleh dilihat setiap manisan tersusun rapi mengikut bahagian yang ditetapkan dan para pengunjung kelihatan tenang di sekitar ruang buffet berkenaan.
Tulisnya pada video, dia hanya mengetahui rakyat Malaysia tidak akan berebut juadah di buffet selepas tinggal di sini.
“Kalau tak tinggal di Malaysia, tak kan tahu makan buffet di sini tiada berebut,” tulisnya.
Kemudian, dia menceritakan pengalamannya sendiri di mana warga Indonesia bukan sahaja akan berebut di antara satu sama lain malah sanggup memotong barisan untuk mendapatkan makanan di buffet hotel JW Marriot di sana.
@viefriyani Pengalaman pribadi aja ni,waktu pulang ke Indonesia,sekelas JW merriott aja breakfast buffet nya habis gk d refill.bener2 speechless ya uda deh mungkin waktu itu kita lagi apes aja x ya.rusuh gk tau antrian main potong2 aja ngambil food nya
Pemandangan ini mungkin tampak asing buat warga Indonesia yang mana di negara asalnya pasti akan berlaku perebutan apabila sebut mengenai makanan apatah lagi jika ia adalah berbayar.
Menjengah ke ruangan komentar, netizen dari negaranya sendiri meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui perkara itu dan mengakui bahawa budaya di sana masih di takuk lama yang mana sanggup berebut malahan sedia membungkus makanan buffet walaupun tidak dibenarkan oleh pihak hotel.
Agak menyedihkan lagi, apabila sifat tamak haloba menguasai diri sehingga ada yang sanggup menbazir makanan asalkan orang lain tidak merasainya.
Bagaimanapun, menariknya ada seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirinya langsung berubah menjadi beradab selepas tiba ke Malaysia.
Sementara netizen Malaysia langsung mendedahkan yang kita sudah diterapkan dengan budi bahasa dan percaya konsep rezeki di dalam semua situasi.
Selain itu, netizen tempatan turut berkongsi sikap berebut makanan adalah sesuatu yang dicemuh oleh masyarakat malah nak mengisi penuh pinggan pun sudah timbul rasa malu.