Walaupun Singapura telah menjadi antara negara termaju di dunia, mereka rupanya masih mempunyai jaringan sistem perbankan yang menghubungkan bank-bank di sana seperti MEPS.

Sementara rakyat Malaysia sudah lama menikmati kemudahan perbankan ini, seorang lelaki Singapura baru menyedari akan hal berkenaan malahan memberi pujian akan inisiatif tersebut menerusi akaun FB.

Lelaki yang dikenali Tan Kin Lian berkongsi pengalamannya menemui sebuah mesin ATM di Malaysia bagaimanapun yang menarik perhatiannya adalah kemampuan mengeluarkan wang dari bank yang berbeza menerusi satu sistem yang dikenali sebagai MEPS.

“Ini mesin ATM dari bank yang tidak dikenali. Ia adalah ATM pertama yang saya lihat di lapangan terbang Senai. Saya dapat mengeluarkan wang tunai dari ATM ini menggunakan akaun Maybank saya kerana ia terhubung dengan sistem penjelasan MEPS.

“Saya perlu membayar RM 1 sebagai caj perkhidmatan. Saya tidak keberatan membayar caj perkhidmatan ini kerana ia menjimatkan masa saya daripada mencari ATM bank saya,” luahnya.

Tambahnya lagi, ini lebih efisien berbanding meminta setiap bank untuk memasang ATM mengikut bank masing-masing seperti yang terjadi di negaranya.

Dia juga mendapati kemudahan mesin ATM dengan MEPS ini tersedia di kedai serbaneka dan stesen petrol sekaligus membolehkan seseorang mudah mengeluarkan wang dengan caj hanya seringgit sahaja.

Dalam pada itu, dia berkongsi bahawa negara Singapura masih belum kemudahan tersebut yang mana membuatkan kos operasi menjadi tinggi apabila setiap ATM perlu didirikan mengikut bank masing-masing bagi kegunaan pelanggan di luar sana.