Selain China, sudah banyak negara di rantau Asia Tenggara juga mulai mengadaptasi penggunaan kenderaan elektrik dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
Baru-baru ini, seorang wanita tempatan telah memuat naik satu video yang menarik perhatian ramai di mana berjaya menemui kenderaan unik yang digunakan oleh pihak Pos Malaysia.
Di dalam video itu, dia telah menemui dan merakam saat rider sedang menunggang motosikal elektrik yang dipercayai di Kuala Lumpur.
Menariknya, kedua-dua motosikal kelihatan sudah dimodifikasi dengan ruang simpanan yang lebih besar di bahagian belakangnya serta lengkap berbumbung untuk yang terpilih.
Wanita itu lalu berkata di dalam kapsyen yang mana ‘Aku sorang je ker baru tahu … comel nyahh’ kerana baru pertama kali melihatnya.
@sitisyeila Aku sorg je ker baru tahu 😅… comel nyahh .. kpd abg rider tuh selamat bertugas Dan selamat hari rayaaaaa 😁 .. Semoga dipermudahkn segala urusan mreka semua.. Aaminn Ya ALLAH 🤲 ❤️… #poslaju #poslajumalaysia #riderposlaju #poslajucourior #poslajuelectric
Rupanya wanita itu bukan bersendirian dalam hal ini kerana rata-rata netizen turut meluahkan keterujaan melihat kenderaan yang digunakan oleh pekerja Pos Malaysia tersebut.

Selain kagum, ramai juga meluahkan rasa minat mahu membeli motosikal elektrik berkenaan kerana mempunyai daya tarikan menarik di samping kelihatan comel.
Untuk makluman, pada tahun lalu,Pos Malaysia Bhd mengumumkan inisiatif kelestarian terbaharu dengan menambah 1,092 unit motosikal elektrik ke dalam armada penghantaran penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional itu.
Malah, syarikat Pos Malaysia juga sebenarnya sudah memiliki van elektrik dan sedia mengembangkan lagi penggunaan pengangkutan berasaskan elektri selaras dengan sasaran untuk mencapai elektrifikasi sepenuhnya bagi armada penghantaran jarak pertama dan terakhir menjelang 2030.