Rakyat Malaysia kini turut bersedih dengan berita permergian arwah adik Zayn Rayyan baru-baru ini. Namun pelbagai spekulasi pula timbul di media sosial sehingga boleh menjurus fitnah oleh kerana kenyataan tidak berasas dari segelintir individu.
Susulan itu, atuk kepada arwah adik Zayn Rayyan kini memuat naik satu hantaran menerusi Facebook peribadinya yang meminta agar orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih hingga mengguris perasaan keluarga mangsa.
Baca Juga:
- Suspek Kes Pembunuhan Zayn Rayyan Berkemungkinan Mempunyai Rekod Jenayah Seksual
- Adik Zayn Rayyan Didapati Cuba Mempertahankan Diri Semasa Kejadian
- Kematian Kanak-Kanak Autisme, Adik Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh
“Salam semua di luar sana, Saya mewakili Waris Arwah ZAYYN RAYYAN@Tok Ayah Arwah, memohon supaya tidak menggeluarkan kenyataan yang tidak sohih yang mengguris perasaan keluarga kami.
“Setiap hari hari keluarga kami menghadapi gangguan emosi. Zaynn Rayyan adalah cucu cucu kesayangan kami. Tolonglahh”, katanya di dalam kapsyen terbaharu serta sempat berkongsi gambar momen bersama arwah adik Zayyan Rayyan.
Sementara di ruangan komentar, ramai yang cuba menenangkan beliau dan mendoakan agar Allah S.WT memudahkan segala urusan sekeluarga itu.


Malah, ada yang menasihatkan kepadanya supaya tidak mengendahkan komen-komen yang negatif atau berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di internet.