Peminat DC Comics pastinya kecewa dengan keputusan yang akan dibuat oleh pihak Warner Bros. Menurut CEO Warner Bros, Kevin Tsujihara mengesahkan DC hanya akan menghasilkan filem standalone superhero DC dan tidak lagi mengaitkan setiap superhero mereka dalam satu universe yang sama seperti Marvel Cinematic Universe (MCU).

“Kami merasakan filem akan datang seperti Shazam, Joker, Wonder Woman 1984 dan Birds Of Prey berada di landasan yang betul. Kami mempunyai pasukan yang betul untuk setiap filem. Ianya tidak bergabung antara satu sama yang lain seperti 5 tahun yang lalu,” kata Kevin dalam satu temu bual dengan Los Angeles Times.

Pengakhiran ini adalah satu petanda Warner Bros mengaku kalah dengan kehebatan MCU yang dicipta oleh Marvel. Menurut peminat setia DC Comics, kesalahan utama Warner Bros adalah mereka terlalu gopoh dalam membina DCEU dan sepatutnya membuat filem standalone untuk setiap watak Justice League dahulu sebelum menggabungkan mereka dalam satu filem.

Projek Justice League 2 mungkin terkubur dengan haluan baharu Warner Bros ini. Dan mereka juga tidak perlu ‘pening’ lagi untuk mencari pengganti Ben Affleck (sudah umum keluar DCEU) dan Henry Cavill sekiranya Henry tidak mahu lagi memegang watak Superman. Mungkin Warner Bros akan berubah fikiran jika semuanya berjalan lancar? Tetapi tidak dalam masa terdekat.

Sumber