Warner Bros kembali ke meja rundingan untuk menghasilkan karya sekuel filem lakonan Tom Cruise dan Emily Blunt, Edge Of Tomorrow. Warner Bros juga berminat untuk mengambil kembali direktor Doug Liman untuk menghasilkan karya kedua Edge Of Tomorrow ini.

Berita projek karya sekuel Edge Of Tomorrow ini sudah pun dimulakan sejak tahun 2016 lagi tetapi tidak juga dihasilkan kerana beberapa kekangan dari pihak Warner Bros. Tom Cruise dan Emily Blunt juga belum menandatangani sebarang perjanjian sehinggalah mereka bersetuju dengan skrip untuk karya sekuel ini.

Filem yang diinspirasikan daripada manga Jepun All You Need Is Kill mendapat respon positif daripada pengkritik filem. Adakah makhluk asing Mimics akan kembali atau makhluk asing baharu yang akan menyerang? Kita tunggu dan lihat.

Sumber