Wartawan terhangat pada ketika ini iaitu Billy O’ Reilly yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah membuat tuduhan liar terhadap Malaysia dengan mendakwa tidak cukup makan malahan bukan berkemampuan untuk membeli barangan import.
Bagaimanapun, seorang TikToker mat saleh telah membongkar kedangkalan wartawan tersebut yang selama ini memburukkan Malaysia selama ini rupanya fail dalam geografi dunia.
Hal ini kerana di dalam sedutan video memaparkan wartawan terbabit dengan yakinnya mendakwa dirinya pernah datang ke Malaysia dan percaya Barack Obama pernah membesar di sini.
“Saya pernah melancong ke Malaysia, ia sebuah negara ysng cantik, ok ia rumit tetapi cantik. Baik, Barack Obama telah sebahagian hidupnya pernah di besar di sana,” katanya dengan yakin.
Dari situ, mat saleh itu berjaya mengetahui bahawa Billy O’ Reilly sebenarnya selama ini tersalah anggap Malaysia sebagai Indonesia kerana sejarah silam Barack Obama hanya pernah membesar di Indonesia dan bukannya di negara ini.
Mat saleh itu langsung menyoal sama ada wartawan itu sedar atau tidak yang faktanya adalah salah: “Adakah awak fikirkan negara yang betul kawan? Saya rasa awak sebut negara yang salah di situ”.
Kawannya turut hanya mampu geleng kepala apabila mendengar kenyataan wartawan AS tersebut.
@veggiesontour America confuses Malaysia and Indonesia… we all know where Barack was raised and it wasn’t Kuala Lumpur… #malaysian #malaysia #kualalumpur #malaysiaboleh #indonesia #indonesian #jakarta #ayoindonesia #menteng
Dalam pada itu, ruangan komentar telah dihujani komen sinis dari rakyat Malaysia yang mana mendakwa wartawan itu gagal dalam geografi kerana boleh tersilap Malaysia dengan negara jiran pula.
Ramai juga yang geli hati apabila mengetahui yang kenyataan liar yang dilontarkan selama ini rupanya ditujukan ke negara Indonesia.