Aplikasi Waze memang diakui sangat berguna kerana memudahkan urusan navigasi ke sesuatu lokasi. Pihak pembangun Waze dalam masa yang sama juga sedia menambah beberapa ciri baharu dalam meningkatkan pengalaman penggunaan yang baik.
Terbaharu, Waze didapati sedang menguji baharu yang boleh diakses oleh pengguna beta mereka. Ciri yang dimaksudkan adalah memberi amaran kepada pengguna mengenai laluan yang kerap berlakunya kemalangan.
Baca Juga:
- Google Maps Malaysia Sedia Paparkan Lokasi Stesen Pengecasan EV
- Ketahui Cara Elak Sesat Jalan Ketika Berjalan Kaki Menggunakan Google Maps Live View
- Ini Caranya Menyenaraikan Tempat Menarik Di Google Maps Sewaktu Melancong

Amaran ini dapat dihasilkan menerusi laporan daripada pengguna berdasarkan laluan yang pengguna lalu dan sejarah laluan yang pernah berlaku kemalangan akan berubah menjadi warna merah.
Bagaimanapun, ciri ini mungkin tidak akan dipaparkan pada laluan yang pengguna kerap lalu dan amaran hanya akan keluar sekali sebagai peringatan untuk berhati-hati di jalan raya. Ciri ini dijangka bakal ditawarkan secara meluas kepada semua pengguna dalam masa terdekat dan yang tidak berminat turut boleh menyahaktifkan ciri tersebut.