Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Webull Malaysia”), subsidiari Webull Corporation, pemilik platform pelaburan digital popular yang mencapai lebih 40 juta muat-turun, hari ini mengumumkan pelancaran saluran perbankan Islam.

Ciri baharu ini menawarkan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk memilih mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan Webull mereka melalui bank Islam atau bank konvensional.

Usaha ini telah menjadikan Webull Malaysia platform pembrokeran runcit dalam talian sepenuh pertama yang menawarkan perkhidmatan sedemikian di negara ini.

Gerbang dwi perbankan ini menyediakan sistem pertukaran mata wang dan deposit yang lancar dan fleksibel kepada kedua-dua pelabur Islam dan bukan Islam.

Dengan ciri baharu ini, bersama-sama dengan yuran deposit sifar, tanpa faedah dan kemudahan perbankan berasaskan perkongsian keuntungan, dijangka dapat meningkatkan pengalaman perdagangan secara keseluruhan.

Saluran perbankan Islam baharu Webull Malaysia bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelabur tempatan, terutamanya pelabur yang ingin melabur dalam ekuiti patuh Shariah dan dana dagangan bursa (ETF) merentas pasaran saham Malaysia dan Amerika Syarikat.

Tambahan lagi, penunjuk Shariah sedia ada untuk saham dan ETF A.S. pula dapat meningkatkan pengalaman pelabur secara keseluruhan dengan menjadikannya lebih mudah dan lebih cekap untuk diakses dan berdagang aset patuh Shariah di platform Webull.

Webull Malaysia Tawar Dagangan Patuh Syariah Dengan Ciri Perbankan Islam Baharu
Sumber Gambar: Webull

“Kami amat berbangga menjadi platform pembrokeran runcit dalam talian pertama di Malaysia yang menawarkan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka melalui bank Islam.

“Dengan menawarkan pilihan kepada pelabur tempatan untuk memilih antara pembiayaan bank Islam dan konvensional untuk akaun Webull mereka, kami berhasrat untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang inklusif, lancar dan mudah diakses untuk semua pelabur.

“Kami amat berbesar hati untuk menyokong keperluan komuniti pelaburan Malaysia dan tetap komited untuk membangunkan produk inovatif yang meningkatkan kemudahan dan kebolehcapaian untuk pelabur,” kata Kenneth Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia.

Webull Malaysia Tawar Dagangan Patuh Syariah Dengan Ciri Perbankan Islam Baharu

Pelabur Malaysia yang menggunakan Webull Malaysia akan dapat memaksimumkan pelaburan mereka dengan kos dagangan yang telus, rendah dan kompetitif dalam saham Malaysia dan A.S. Yuran komisen sifar selama 180 hari pertama.

Pada masa sama, Webull Malaysia menawarkan kadar pertukaran asing yang kompetitif bagi membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada turun naik kadar FX dan meminimumkan kos penukaran mata wang apabila berdagang dalam pasaran denominasi USD.

Sebagai tambahan kepada saluran perbankan Islam baharu, Webull Malaysia kini menawarkan kepada pelabur satu set alat dagangan profesional yang merangkumi lebih daripada 17 alat pembuat carta dan lebih daripada 58 penunjuk teknikal.

Platform ini juga menyediakan penarafan penganalisis yang profesional dan tepat pada masanya mengenai pelbagai ekuiti bagi membantu pelabur memperhalus strategi dan analisis pelaburan mereka.

Dengan antara muka yang mesra pengguna, pelabur dari semua peringkat mampu berdagang dan memiliki saham pecahan bermula dari hanya USD 5 (RM21.93), mengikut kadar pertukaran masa ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Webull, sila layari laman web rasmi www.webull.com.my.