Umum ramai mengetahui, lima rukun Islam dan enam rukun iman merupakan asas yang wajib diketahui sebagai penganut agama Islam.
Baru-baru ini seorang selebriti Singapura, Juffri Alui berkongsi video hasil ‘terjah’ beberapa belia di negara itu dengan menanyakan soalan mengenai rukun Islam.
Baca Juga:
- ‘Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia
- ‘Kami Semua Beragama Islam’ – Geng Bertopeng Bagi Ayam Percuma
- Wanita Kena Denda RM6,000 Kerana ‘Binding’ al-Quran Di Kilang Milik Bukan Islam
Menerusi video tersebut, Juffri telah menemu bual kira-kira 10 orang belia secara rawak. Namun hanya seorang sahaja yang dapat menyebut kelima-lima rukun Islam dengan tepat.
@juffri_alui Apa tu rukun islam? Jangan rasa malu kalau tak tau, kita sama2 belajar 🤲🏽 #fypsg #fypmalaysia
Walaupun perkara ini terjadi di Singapura, netizen meluahkan kerisauan kerana perkara ini tidak mustahil boleh terjadi di Malaysia satu hari nanti.
“Berat ini rukun Islam tak tahu, Allahuakbar,” ujar seorang netizen.
Bagaimanapun, Juffri mengambil pandangan positif menyatakan bahawa mereka masih boleh belajar.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat mungkin mereka terkejut apabila ‘diterjah’ dan dihulurkan mikrofon, perasan gugup menyebabkan mereka terlupa jawapannya.
Tak kisah lah this was taken dekat singapore ataupun malaysia tapi if the people yang kena jawab tu are muslim, sedih ye. Please take this as a reminder and go belajar balik ilmu agama. Rukun islam is the basic of all so kalau tak tahu rukun islam ni sangatlah merisaukan
— Luna (@itsjustlunaaaaa) May 5, 2024

Geram tngk tapi srs x suka konten gini… Mcm nk memalukan je pun… Bnyk lagi cara lain nk educate… Malukan di socmed ni bukan salah satu cara yg efektif… Niat x menghalalkan cara
— Ve2Be (@Ve2Be) May 5, 2024
Netizen turut mencadangkan agar ibu bapa generasi baharu menerapkan ilmu agama kepada anak-anak.
Ini supaya apabila mereka membesar nanti, asas Islam yang ada dapat menyelamatkan dan mengelakkan anak-anak tidak lupa pada suruhan dan larangan agama.
Pada masa sama netizen turut mengkritik Juffri kerana memuat naik video tersebut tanpa mengaburkan wajah individu-individu yang disoal.
Seolah-olah mahu memalukan mereka, walaupun konten video itu sekadar mahu ‘membuka mata’ orang ramai.