Selain pelancaran Xiaomi Mi Note 2, Xiaomi turut berkongsi sebuah telefon konsep mereka iaitu Xiaomi Mi MIX yang direka oleh Philippe Starck. Menariknya mengenai telefon ini adalah, telefon ini direka dengan paparan 91.7% penuh di bahagian skrin depan menjadikan telefon ini ‘bezelless phone‘.
Selain itu, Xiaomi Mi MIX turut dilengkapi dengan skrin sebesar 6.4-inci menjadikan telefon ini Phablet paling besar, moden dan futuristik anda boleh dapatkan. Dari segi spesifikasi, boleh dikatakan Xiaomi Mi MIX dan Mi Note 2 berkongsi spesifikasi yang hampir sama.
Baca lagi: Xiaomi Lancarkan Mi Note 2, Pengganti Terbaik Buat Note 7
Sebuah lagi perkara menarik mengenai Xiaomi Mi MIX adalah perletakan kamera hadapannya. Memandangkan skrin telah merangkumi hampir seluruh muka depan telefon, kamera hadapan Xiaomi Mi MIX telah diletakkan di bahagian bahagian bawah.
Sekali pandang sememangnya rekabentuknya dilihat sangat moden, namun adakah telefon tanpa bezel mampu memberikan keselesaan buat pengguna?
Xiaomi Mi MIX bakal dijual pada harga RMB 3499 (~RM 2152) untuk model RAM 4GB dan 128GB storage manakala model RAM 6GB dan 256 Gigabyte ROM bakal dijual dengan harga RMB 3999 (~RM 2459). Mungkin peminat skrin gergasi bakal menyukai telefon terbaru daripada Xiaomi ini.