Hampir setahun menyerang Malaysia, pastinya orang ramai sudah cukup faham dengan isu pandemik yang melanda. Memakai pelitup muka di tempat awam serta mengikuti SOP yang ditetapkan sudah menjadi kewajipan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak merbahaya ini.

Dalam pada itu, masih terdapat lagi individu yang keras kepala serta enggan mengikut peraturan yang ditetapkan. Malah, yakin apa yang dilakukan tidak salah serta bertentangan dengan SOP yang ditetapkan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Situasi ini nampaknya telah berlaku dalam sebuah kereta api ETS baru-baru ini apabila seorang wanita yang bergerak dari Taiping ke Ipoh enggan memakai pelitup muka.

ezgif-1-983831e429d8
Sumber: Puchong News Group

Tindakan wanita ini mulai disedari seorang lelaki sewaktu 20 minit awal perjalanan sebelum ditegur. Walau bagaimanapun, teguran yang dibuat lelaki tersebut dikatakan tidak diendahkan wanita ini sehingga memaksa lelaki tersebut memilih untuk memaklumkan kepada pihak yang bertugas.

Pihak krew ETS seterusnya telah membuat pengumuman kepada semua penumpang untuk memakai pelitup muka dan mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum pihak kapten ETS sendiri tampil untuk menyarankan kepada wanita degil ini untuk memakai pelitup muka.

Menurut World of Buzz, situasi menjadi lebih panas apabila wanita berkenaan mengatakan beliau sebagai pelanggan tidak layak menerima jeritan meskipun kapten berkenaan tidak meninggikan suara.

ip210101fpwkc03
Sumber: Puchong News Group

Wanita berkenaan seterusnya turut mengeluarkan telefon pintar beliau sebelum menjerit kepada lelaki yang menyarankan beliau memakai pelitup muka pada awalnya dengan melabelkan lelaki berkenaan sebagai ‘tidak ada otak’ sebelum memilih untuk memakai pelitup muka secara terpaksa.

Situasi yang dianggap simple ini nampaknya telah menjadi isu yang besar berikutan kekecohan yang dibuat yang seterusnya tular di Facebook.

Tular pada minggu lalu apabila pihak polis mencadangkan remaja menggunakan motosikal 70cc dan ke bawah untuk mengurangkan kemalangan.

Mahu Kurangkan Kemalangan, Polis Cadang Remaja Guna Motosikal 70cc Dan Ke Bawah

Telatah Pembaca Berita TV3 Ini Terdiam Ketika ‘Live’ Buat Penonton Tertunggu-Tunggu

Sumber