Yakuza, kumpulan mafia paling terkenal di Jepun, baru-baru ini buat sesuatu yang mengejutkan.
Menurut laporan The Star, mereka hantar surat pada kerajaan Jepun janji nak berhenti bergaduh sesama sendiri, tapi persoalan yang timbul adakah mereka benar-benar ikhlas?
Cerita ini bermula tahun 2015 bila satu puak dalam organisasi yang telah tertubuh puluhan tahun ini berpecah dan tubuhkan geng baru bernama Yamaguchi-gumi.
Sejak itu, banyak pergaduhan berdarah antara mereka dengan Yakuza asal.
Tapi pada 7 April 2025, seorang ketua Yamaguchi-gumi bagi surat pada polis janji nak berhenti semua kekerasan.
Seorang pegawai polis berkata, “Mereka bagi janji depan kami nak berhenti bergaduh.”
Tapi ramai yang tertanya – janji ni betul-betul ikhlas ke sekadar helah nak longgarkan sekatan kerajaan?
Kenapa Yakuza Tiba-Tiba Nak Berubah?
Sejak tahun 2020, kerajaan Jepun dah jadi lebih tegas dengan kumpulan mafia.
Banyak peraturan ketat dikenakan, sampai mereka susah nak buat aktiviti haram macam ugut, jual dadah atau pelacuran.
Ada yang kata Yamaguchi-gumi mungkin cuma nak kurangkan tekanan dari kerajaan.
Polis sendiri kata janji ini mungkin cuma dari satu puak sahaja, bukan semua ahli mereka setuju.
Yakuza Bukan Mafia Biasa
Tak macam mafia Itali atau China, kumpulan berasal dari Jepun ini ada kedudukan unik.
Mereka tidak sepenuhnya haram, malah ada pejabat sendiri yang sentiasa diawasi polis.
Dulu, mereka sangat berkuasa dengan bisnes haram bernilai berbilion dolar.
Tapi sekarang ahli Yakuza dah semakin kurang – tahun 2024 cuma tinggal 18,800 orang, keahlian paling rendah dalam sejarah.
Ini disebabkan undang-undang Jepun yang makin ketat, ekonomi Jepun yang tidak menentu dan budaya masyarakat moden yang kini sudah makin menjauh dengan kumpulan samseng.
Ancaman Baru: Kumpulan Tokuryu
Walaupun mereka semakin lemah, muncul kumpulan baru lebih bahaya dipanggil Tokuryu.
Tak macam Yakuza yang teratur, Tokuryu ni lebih liar dan guna media sosial untuk rekrut ahli muda.
Mereka kadang bekerjasama dengan Yakuza lama, buat dunia jenayah Jepun jadi lebih rumit.