Setiap tahun Yamaha pasti akan mengeluarkan model khas sempena MotoGP. Tahun ini pastinya lebih berbeza kerana Yamaha bakal berkolaborasi bersama Monster Energy yang kini merupakan penaja utama buat pasukan Yamaha.

Rekaan model Y15ZR dijangka akan diperbaharui dengan adanya tanda Monster Energy dengan logo ‘cakaran’ yang berwarna hijau akan mengelilingi setiap sudut model Y15ZR ini.

Meskipun reka bentuk keluaran edisi khas Yamaha bersama Monster Energy ini masih belum diperkenalkan, ramai yang menjangka rekaannya bakal mirip rekaan yang dibuat oleh Julak Sendie Design.

N-2-6owgqaws9xz1n69n4laiv01maa6wildn2uzw2ik9wj8

Logo Monster nampaknya bakal jadikan model Y15ZR ini lebih ‘garang’. Mungkinkah rekaan rasmi Y15ZR MotoGP akan mirip rekaan Julak Sendie Design? Sama-sama kita tunggu dan lihat.